| KAKI PALU
Share on Google Plus
MANCHESTER, England: Britain menghantar dua jet pejuang pada Selasa bagi mengiringi penerbangan Qatar Airways ke Lapangan Terbang Manchester selepas menerima laporan ancaman bom di atas kapal.

Seorang penumpang kemudiannya di tahan kerana membuat ancaman bom palsu.

Berikutan insiden itu, pihak berkuasa menutup lapangan terbang bahagian utara England selama 25 minit, bimbang sekiranya terdapat serangan pengganas.

Qatar Airways berkata, pesawat Airbus A330-300 iaitu QR23 penerbangan dari Doha ke Manchester bersama 269 penumpang dan 13 anak kapal.

Seorang jurugambar Reuters melihat polis bersenjata mengeluarkan penumpang lelaki digari memakai seluar longgar dan baju sukan dari pesawat.
"Kami boleh mengesahkan bahawa pesawat Typhoon telah dilancarkan dari RAF Coningsby, bertindak ke atas laporan dan dan juruterbang meminta bantuan,"jelas Kementerian Pertahanan Britain dalam satu kenyataan.

"Pesawat itu telah diiringi ke Manchester di mana ia mendarat dengan selamat. Perkara itu kini dikendalikan oleh pihak berkuasa awam.

"Polis Greater Manchester berkata di laman Twitter rasmi mereka bahawa telah menahan seorang lelaki berkaitan insiden ini.

"Seorang lelaki yang berada di atas kapal pesawat ... telah ditangkap kerana disyaki membuat ancaman bom penipuan," kata mereka.


Britain mempunyai tindak balas standard melibatkan jet pejuang dan perkhidmatan kecemasan.

Pada bulan Mei 2013, jet pejuang mengiringi sebuah pesawat penumpang Pakistan International Airlines ke Lapangan Terbang Stansted berhampiran London dan polis telah menahan dua lelaki yang disyaki berbahaya.


Share on Google Plus

About Admin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment