Pemuda OKU Lemas Ketika Mandi Sungai | KAKI PALU

Pemuda OKU Lemas Ketika Mandi Sungai

Share on Google Plus

BESUT: Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) yang mandi bersama sekumpulan remaja ditemui lemas di Sungai Tiang Rebau, Kampung Kerandang di sini petang Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 5 petang itu, mangsa Muhammad Hisyam Abdillah, 20, yang lembam (masalah pembelajaran) meninggal selepas beberapa minit menyertai sekumpulan remaja mandi-manda di sungai itu.

Menurut Noorzainy, sebelum itu mangsa melalui titi di sungai tersebut dan terjun ke dalam sungai sebaik melihat kumpulan remaja berkenaan, bagaimanapun setelah beberapa minit, mangsa kelihatan menghadapi masalah lalu tenggelam ke dalam lubuk dalam yang terdapat di sungai berkenaan.

"Remaja yang mandi di situ cuba menyelamatkan mangsa tetapi mereka tidak berdaya menariknya keluar dari dalam air hingga menyebabkan ia hilang di dalam lubuk itu," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.

Noorzainy berkata mayat mangsa ditemui tiga jam kemudian sekitar tempat dia tenggelam oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan terus dibawa ke Hospital Daerah Besut.
Sementara itu, datuk saudara mangsa Wan Sidek Wan Hassan, 70, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Daerah Besut malam Jumaat berkata cucunya yang aktif itu, merupakan anak tunggal dan tinggal di Kampung Kerandang dekat Jerteh di sini.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/08/09/oku-lemas/



Share on Google Plus

About Admin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment