Siapa 'Pemain Nama Besar' Ganti Suarez? | KAKI PALU

Siapa 'Pemain Nama Besar' Ganti Suarez?

Share on Google Plus
LIVERPOOL dikatakan membariskan pemain nama besar yang akan menggantikan Luis Suarez 'tidak lama lagi'.

Kelab The Anfield dilaporkan telah membuat permintaan mahukan penyerang Monaco, Radamel Falcao, manakala ejen kepada Edinson Cavani telah mendakwa Reds mengintai penyerang Paris Saint-Jerman itu.

Wartawan bola sepak Amerika Selatan Tim Vickery mendedahkan bahawa Liverpool bersedia mengambil satu langkah dengan mengambil pemain berprofil tinggi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Suarez tetapi menegaskan pemain itu bukan Falcao.

"Saya biasanya tidak mempunyai banyak hubungan dengan agen dan sebagainya, tetapi semalam menerima berita yang nampaknya baik untuk Liverpool," katanya kepada saluran sukan BBC.

"Ia bukan Falcao, tetapi seorang pemain dengan nama besar yang akan menggantikan seorang pemain nama besar di Liverpool, yang jelas sekali adalah Suarez.

"Saya tidak dapat mengetahui apa-apa yang lebih daripada itu tetapi saya tidak fikir dia adalah Falcao. Ia tidak akan menjadi berdaya maju untuk mereka."
http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2014/08/10/pemain-ganti-suarez/


Share on Google Plus

About Admin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment