17 Pengganas Malaysia Intip Puterajaya Ditangkap | KAKI PALU

17 Pengganas Malaysia Intip Puterajaya Ditangkap

Share on Google Plus
Gambar Hiasan-
Kuala Lumpur 7 April-Malaysia di intip oleh kumpulan pengganas untuk menghuru hara keamanan yang dikecapi oleh seluruh rakyat berbilang kaum.

Dengan tertangkapnya 17 ahli kumpulan miitan IS yang berusia 14 hingga 49 tahun  sebagaimana yang disahkan oleh Ketua Polis Negara,Tan Sri Abu Bakar terbukti keselamatan negara ini sedang dicabar.

Mujurlah pihak keselamatan  dapat menghidu pergerakan pengganas lebih awal,jika tidak dapat dihidu sudah pasti akan berlaku kekacauan sekali gus menggugat keaman negara ini.

17 ahli kumpulan pengganas yang ditangkap oleh pihak polis terdiri daripada bekas anggota kanan Kumpulan Militan Malaysia(KMM) yang pernah ditangkap pada Jun 2001 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Bekas anggota kanan KMM yang tidak didedah namanya pernah menjalani latihan di Afghanistan pada Jun 1989 dan Sulawesi pada November 2000 dilihat berpontesi mengancam keselamatan.

Suspek juga terbabit dalam rancangan untuk merompak senjata api di Balai Polis Guar Cempedak pada Februari 2001 sebelum berlepas ke Syria pada Ogos 2014 untuk menjalani latihan ketenteraan dan kembali ke Malaysia pada Disember 2014.

Manakala guru agama berusia 38 tahun yang berasal dari Kedah dan pernah berlepas ke Syria pada September 2014 untuk menyertai kumpulan pengganas IS dan kembali ke Malaysia pada Disember 2014 juga termasuk 17 yang ditahan pihak polis.

Difahamkan,matlamat kumpulan pengganas baru ini adalah untuk menubuhkan Negara Islam Ala-Islamic State di Malaysia

Dalam operasi memburu pengganas yang dilakukan oleh pihak PDRM turut ditahan dua anggota tentera,seorang pengawal keselamatan yang mempunyai akses kepada senjata api selain seorang anggota militan dari Indonesia merangkap bekas anggota kumpulan Jemaah Islamiah yang mempunyai kemahiran mengendalikan senjata api.

Manakala orang ramai yang turut perihatin dengan permasalahan ini berpendapat,kumpulan baru pengganas yang ditangkap dipercayai akan mensasarkan serangan terhadap Puterajaya dan bandar Kuala Lumpur dan lain-lain tempat yang dianggap strategik oleh kumpulan itu.


Share on Google Plus

About Admin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment