Mati Ketika Mencuri Kabel | KAKI PALU

Mati Ketika Mencuri Kabel

Share on Google Plus
KUCHING SARAWAK 7 April-Seorang lelaki dari Petra Jaya disyaki mahu mencuri mati di sebuah stesen kecil milik syarikat pembekal kuasa di berhampiran taman Muhibbah di jalan Matang .
Mayat mangsa ditemui oleh juruteknit yang diarahkan ketempat kejadian bagi melakukan pemeriksaan selepas mendapati amaran pada sistem
Setelah juruteknit terbabit tiba di lokasi  lebih kurang  jam 8 pagi.beliau terkejut melihat seorang lelaki yang sudah tidak bernayawa.
Turut ditemui berhampiran mayat sebuah beg berisi  peralatan seperti pemutar skru dan beberapa lagi peralatan.
 Motosikal yang dipercayai milik mangsa turut ditemui di luar stesen tersebut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Ng Ah Lek mengesahkan insiden dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan disyaki cuba mencuri kabel apabila terkena renjatan elektrik.
Mayat lelaki yang berusia 35 tahun itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.



Share on Google Plus

About Admin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment