10 Makanan Yang Mampu Naikkan Ghairah Seksual Anda | KAKI PALU

10 Makanan Yang Mampu Naikkan Ghairah Seksual Anda

Share on Google Plus



Tahukah anda selain rehat yang cukup dapat menghilangkan rasa letih usai melakukan hubungan intim, ia juga boleh diatasi dengan pemakanan sihat. 10 makanan ini boleh diambil sebelum dan selepas berhubungan intim bagi mengembalikan tenaga serta stamina.


BAYAM

Salah satu sayuran yang bagus untuk meningkatkan aliran darah ke bahagian anggota kelamin seterusnya membuatkan seseorang itu mudah terangsang.



TEH

Teh hitam mahupun teh hijau dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tenaga di samping mood seseorang untuk berhubungan intim.



TEMBIKAI

Pengambilan sepotong buah tembikai sebelum berhubungan intim dapat membantu meningkatkan suasana hati seseorang seterusnya lebih peka terhadap rangsangan yang dilakukan oleh pasangan.



VITAMIN C

Vitamin C membantu seseorang itu meningkatkan jumlah sperma serta kemampuan sperma untuk bergerak aktif. Sumber vitamin C boleh diperoleh melalui buah-buahan segar antaranya ialah oren.



EPAL

Tahukah anda bahawa dengan mengunyah sebiji epal sebelum melakukan hubungan intim bersama pasangan dapat membantu mengurangkan bau mulut yang kurang menyenangkan. Selain itu, nafas akan terasa lebih segar.



HALIA

Campurkan halia bersama jus perahan limau nipis. Halia dikatakan dapat membantu meningkatkan sirkulasi tubuh di samping meningkatkan sistem aliran darah ke bahagian anggota kelamin. Halia turut membantu meningkatkan ghairah seks seseorang.



MAKANAN LAUT

Tingkatkan ghairah seksual anda dengan pengambilan makanan laut seperti ketam, udang kara dan udang. Makanan laut dapat membantu meningkatkan hormon serotonin di bahagian otak seterusnya meningkatkan ghairah seksual.



TELUR

Membantu menjaga kesihatan ghairah seksual di samping mengurangkan stres yang dialami.



ANGGUR

Salah satu kebaikan buah anggur ialah dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung di samping menjaga kesihatan kulit. Selain itu, anggur juga ternyata dapat merangsang ghairah seksual seterusnya meningkatkan aliran darah ke bahagian anggota kelamin.



DAGING MERAH

Daging merah tanpa lemak dapat membantu mengurangkan kemungkinan disfungsi ereksi. Selain itu juga, daging merah turut kaya dengan kandungan zat besi, protein dan zink.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment