100 Orang Terima Pingat Dari Sultan Johor | KAKI PALU

100 Orang Terima Pingat Dari Sultan Johor

Share on Google Plus


Sejumlah 100 orang menerima Darjah Kebesaran dan pingat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Khamis ini.


Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli, berkata dalam majlis penganugerahan berkenaan, Sultan Johor antara lain akan mengurniakan dua darjah yang masing-masing membawa gelaran 'Datuk' kepada tiga penerima.

Kedua-dua darjah itu ialah Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada seorang penerima dan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada dua penerima.

Abdul Rahim menyatakan demikian dalam sidang media di sini, hari ini.

Sejumlah 31 orang menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ).

Tujuh orang dijangka menerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama (PSI I); 50 menerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II) dan lapan menerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Ketiga (PSI III).

Nama penuh penerima akan dikeluarkan kepada media dalam masa terdekat.

Menurut Abdul Rahim kesemua pengurniaan itu dilakukan mengikut Fasal 7(2)(e) Bahagian Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985 tanpa ada individu tertentu memberi cadangan atau syor kepada Sultan.

"Mereka yang menerima anugerah adalah golongan yang telah banyak menyumbang pembangunan kepada Johor, menjaga kebajikan rakyat, setia, berwibawa, berintegriti dan berjasa kepada baginda," kata Abdul Rahim.

-- BERNAMA


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment