25 Filem Gempak Yang Wajib Anda Tonton Sepanjang Tahun 2017 | KAKI PALU

25 Filem Gempak Yang Wajib Anda Tonton Sepanjang Tahun 2017

Share on Google Plus


Seperti 2016, industri perfileman Hollywood nampaknya tidak akan memperlahankan langkahnya tahun ini dan akan terus menyajikan filem-filem terbaik untuk anda! Sebenarnya terdapat banyak sangat filem-filem hebat untuk tahun ini.
Dari puluhan filem yang bakal keluar tahun ini, kami pilih 25 filem yang paling dinantikan dan wajib ditonton oleh peminat filem di luar sana. Susunan filem dalam senarai ini pula adalah berdasarkan tarikh tayangan dan bukannya berdasarkan filem mana paling ditunggu-tunggu. Sudah sedia? Jom!
25. Split (19 Januari)
Ini antara filem paling saya nantikan dari tahun lepas. Filem terbaru arahan direktor terkenal M. Night Shyamalan. Filem ini berkisahkan Kevin yang mempunyai 23 personaliti dalam dirinya di mana beliau menangkap 3 gadis sebagai tahanannya. Personaliti terakhir beliau ‘The Beast’ akan dibangkitkan dan Kevin cuba untuk tidak membangkitkan personaliti terakhir itu demi keselamatan personaliti beliau yang lain dan orang-orang di sekeliling. Nampak sangat promising filem ini tetapi saya sudah masak sangat dengan M Night Shyamalan ni. Mesti ada saja twist tak masuk akal dalam filem beliau nanti. Harap-harap dia tidak spoil cerita ini. James McAvoy pun nampak hebat dalam filem ini!

24. Resident Evil: The Final Chapter (19 Januari)
Alice & Co are back for this final chapter of Resident Evil! Resident Evil berkongsi tarikh tayangan dengan Split jadi anda kena pilih untuk tengok yang mana satu dahulu. Alice, Jill, Claire, Chris, Leon, Ada dan Wesker adalah manusia terakhir yang tinggal di Racoon City dan dalam usaha untuk menghapuskan The Red Queen, mereka perlu bertempur dengan armada Zombie yang banyak dan ganas. Dengan filem ini, maka berakhirlah tugas Milla Jovovich sebagai Alice yang dipegang oleh Milla sejak tahun 2002. 14 tahun berlalu sejak siri pertama filem ini!
23. xXx: The Return Of Xander Cage (26 Januari)
Vin Diesel kembali memegang watak terkenal beliau, Xander Cage. filem xXx antara filem awal yang mengangkat nama Vin Diesel dalam persada filem aksi. Kali ini, Xander Cage ditugaskan untuk mendapatkan Pandora’s Box, senjata berbahaya yang boleh menyebabkan perang dunia. Aktor lain seperti Samuel L. Jackson, Tony Jaa, Donnie Yen dan Deepika Padukone akan turut bersama dalam filem ini.
22. John Wick 2 : Chapter 2 (9 Februari)
Sebenarnya ramai tidak menyangka John Wick akan menjadi antara filem terbaik lakonan Keanu Reeves. Kini beliau kembali untuk meyempurnakan misi terbaru yang ditugaskan kepadanya. Ini antara filem Keanu Reeves kegemaran saya dan semestinya kena ada dalam senarai ini. Kalau anda belum tonton yang pertama, silakan. Nampaknya beliau sudah ada anjing yang baru untuk filem ini.
21. Logan (2 Mac)
Buat peminat setia siri X-Men, ini merupakan filem terakhir Hugh Jackman sebagai Wolverine. Selepas ini beliau tidak akan lagi memegang watak ini. Berdasarkan trailer Logan di atas, kita nampak filem ini nanti akan jadi sangat deep dan serious sama seperti versi komik Old Man Logan. Bagaimanakah pengakhiran hidup Wolverine dalam franchise X-Men ini? Siapakah yang layan untuk menyambung legasi Wolverine selepas ini?
20. Kong: Skull Island (9 Mac)
Siapa tak kenal King Kong. Kong: Skull Island merupakan siri reboot untuk franchise King Kong yang terdahulu dan filem terbaru ini diarah oleh Jordan Vogt-ROberts, pengarah muda di mana filem ini merupakan filem budget besar beliau yang pertama. Jika semuanya berjalan lancar dari segi kutipan dan kritikan, besar kemungkinan mereka akan hadir dengan sequel yang lebih hebat; Kong vs Godzilla. Sangat awesome!
19. Beauty & The Beast (16 Mac)
Aah, siapa yang tidak pernah tonton kartun Disney ini. Beauty & The Beast adalah salah satu filem Disney kegemaran saya dan apabila ianya hadir dalam bentuk live action, saya antara yang teruja dengan filem ini! Dengar-dengar tiada perubahan dari segi jalan cerita dan lebih menarik filem ini berkonsep muzikal sama seperti versi animasinya!

18. Power Ranger (23 Mac)
Behold all Ranger’s fans. Inilah tarikhnya untuk anda lihat hero zaman kecil anda beraksi di layar perak dengan kostum serba baru dan Megazord serba baharu! 5 remaja bersatu tenaga untuk bertarung dengan Rita Repulsa dan sama-sama menjaga bumi dengan bantuan Megazord. Tak sabar nak tengok Megazord versi baharu Power Rangers ini. Sebab memang lain betul kostum dan Megazord Power Rangers versi filem ini.
17. Ghost In The Shell (30 Mac)
Sebuah lagi anime legendary Jepun diterjemahkan ke filem Hollywood. Berdasarkan trailer ini, nampak sangat berpotensi walaupun agak pelik kenapa Hong Kong dipilih sebagai ‘dunia’ cerita ini sedangkan filem ini berasal dari Jepun. Pemilihan Scarlett Johansson sebagai Major Motoko Kusanagi adalah pilihan yang tepat dan sama-sama kita tunggu sama ada proses ‘pemutihan’ Hollywood ini berjaya untuk anime ini. Disarankan untuk tonton anime ini dahulu.
16. Fast & Furious 8 (13 April)
Menarik tentang Fast & Furious 8 adalah pada salah satu lokasi pengambarannya, Cuba. Ini merupakan filem kedua Hollywood yang menjalankan pengambaran di sana sejak 1962 selepas filem indie ‘Papa’ pada tahun 2014. Embargo hubungan antara Cuba dan Amerika Syarikat terhadap dunia perfileman di sana hanya pulih pada tahun 2014. Ini merupakan filem pertama tim Fast & Furious tanpa kelibat Paul Walker dan dapatkan momentum Fast & Furious ini diteruskan tanpa Paul? Tetapi berdasarkan sedutan pengambaran Fast 8, nampaknya nothing slowing them down!
15. Guardians Of The Galaxy Vol.2 (27 April)
Pada mula peminat tidak menyangka GOTG akan menjadi hebat seperti mana franchise Marvel yang lain. Tetap Star-Lord & Co menjamu peminat dengan aksi dan kelucuan yang membuatkan peminat ternanti-nanti untuk Vol.2! Untuk Vol.2 , lagu apa pula yang akan manghiasi filem ini? Jujur ini antara filem yang saya nantikan. Direktor GOTG, James Gunn berkata Vol.2 tidak akan mempunyai sebarang pertalian dengan Marvel Cinematic Universe dan tidak akan ada hint untuk Infinity Wars. Benarkah? Adakah ini sekadar strategi pemasaran? Itu kita ke pawagam untuk ketahui.
14. Alien: Covenant (18 May)
Pertama kali melihat trailer terbaru Alien ini, saya berpendapat filem ini ada potensi! Franchise filem ini tidak perlu diperkenalkan lagi dan untuk filem terbaru Alien ini, Pelakon favourite saya Michael Fassbender akan menerajui pelakon-pelakon lain menerjah galaksi. Apabila tiba ke planet yang mereka anggap syurga baru untuk manusia, rupa-rupanya didiami makhluk yang berbahaya. Planet berkenaan tidak manusia kecuali David, yang berjaya hidup sejak ekspedisi Prometheus gagal.

13. Pirates Of The Caribbean: Salazar’s Revenge (25 May)
Aduh, Jack Sparrow kembali pulak dah! Tetapi jalan cerita filem ini menarik juga. Captain Jack Sparrow telah diburu oleh musuh lama beliau, Capitan Salazar yang mengemudi ghost pirates yang berjaya keluar dari Devil’s Triangle. Captain Salazar berjanji untuk membunuh setiap lanun di lautan dan dengan itu ingin mencari Trident Of Poseidon; alat yang boleh memberikan kuasa untuk mengawal lautan. Filem ini pada awalnya dinamakan Pirates of ‘the Caribbean: Dead Men Tell No Tales’ dan ditukar kepada Salazar’s Revenge. Mungkin sebab terlalu panjang?
12. Wonder Woman (1 Jun)
Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Wonder Woman sudah pun muncul dalam Batman Vs Superman. Gal Gadot kembali sebagai Diana Prince yang mempunyai kuasa luar biasa dan seorang pahlawan puak Amazon yang hebat. Apabila kapal terbang Steve Trevor(Chris Pine) terhempas di dunia Diana, Diana meninggalkan puaknya dan ikut bertempur untuk menghentikan peperangan dan kemudiannya dikenali sebagai Wonder Woman.
11. The Mummy (8 Jun)
Franchise The Mummy kini kembali dan kejutan paling hebat untuk siri terbaru ini ialah tiada lagi Brendan Fraser dan tempat beliau digantikan oleh hero Hollywood, Tom Cruise. Adakah The Mummy akan terus menggunakan acuan lama di mana filem ini dipenuhi gelak tawa atau acuan baharu di mana ianya akan menjadi lebih serius? Tom Cruise memang sudah ada crowd attraction untuk tarik penonton ke panggung. Harap-harap reboot ini berhasil.
10. Transformers: The Last Knight (22 Jun)
Behold, Michael Bay is back! Perang antara Autobots dan Decepticons kembali dan harap-harap ianya lebih menarik berbanding yang sebelum ini. Melalui teaser yang dikeluarkan Paramount Pictures, nampak seperti Optimus Prime bertarung untuk Decepticons dan bukannya Autobots! Jadi kita tunggu sajalah kenapa Optimus Prime beralih arah. Jangkakan letupan yang maha banyak kerana ini filem Michael Bay. Beliau sukakan letupan.
9. Spider-Man: Homecoming (6 Julai)
Bagaikan sireh pulang ke gagang, Spider-Man kembali di bawah kendalian Marvel! Setelah satu perjanjian dibuat bersama Sony Pictures untuk hak cipta watak Spider-Man, Spider-Man kini mempunyai lebih peluang untuk bersinar dalam Marvel Cinematic Universe. Tony Stark akan turut sama berlakon dalam filem ini sebagai mentor Peter Parker. Semuanya baik sahaja sehinggalah Vulture membuat kacau dan mengancam orang di sekeliling Peter. Yang penting Aunt May dalam filem ini lawa.
8. War For The Planet Of The Apes (13 Julai)
Ape shall never kill ape! Ini merupakan kesinambungan dari filem sebelumnya, Dawn of The Planet Of The Apes. Apabila Ceaser dan puaknya mengalami kekalahan terus, kini mereka perlu kembali berperang untuk menentukan nasib spesis mereka di bumi.
7. Valerian And The City Of A Thousand Planets (20 Julai)
Filem ini tersenarai pertama sekali kerana nama filem ini yang epik! Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel Perancis, Valérian and Laureline yang diterbitkan pada tahun 1967 di mana novel berkenaan terjual sebanyak 10 juta unit dan diterjemah kepada 21 bahasa! Filem ini semestinya akan mendapat sambutan hebat di Eropah. Cara Delevigne dan Dane DeHaan dipilih untuk melakonkan watak utama filem ini.
6. It (7 September)
Ya. Filem seram clown kegemaran anda anda muncul September ini! Berahsia juga produksi filem ini kerana tidak banyak cerita pun tentang filem remake ini. Harap-harap ianya sempat siap seperti yang dirancang.

5. Kingsman: The Golden Circle (5 October)
Selepas 3 tahun, baru siap filem ini. Lama sungguh penantian. Eggsy yang kini agen sepenuh masa kini akan mengembara ke Amerika Syarikat untuk bekerjasama dengan agen Kingsman di Amerika Syarikat selepas HQ mereka di Britain musnah diserang Poppy, seorang penjenayah hebat. Sama seperti It, produksi Kingsman juga agak diam dengan perkembangan filem ini. Harap-harap siaplah untuk tayang 5 October.
4. Thor: Ragnarok (2 Nov)
Mungkin ramai tertanya-tanya di mana Thor dan Hulk di dalam Captain America: Civil War. Rupanya mereka ada perang sendiri yang perlu ditangani. Ragnarok sendiri bermaksud kemusnahan dan Thor perlu kembali ke Asgard kerana Asgard kini di diserang Hela, Permaisuri Hel yang mahu melihat kemusnahan Asgard. Menurut producer Thor, Kevin Feige filem Thor: Ragnarok ini adalah sangat penting untuk Marvel Cinematic Universe Phase 3. Jadi jangan terlepas untuk tonton filem ini kerana pastinya akan muncul hint-hint Infinity Wars dalam Ragnarok.
3. Justice League: Part One (16 Nov)
Jalan cerita Justice League akan bersambung dari Batman Vs Superman di mana Superman terbunuh dalam pertarungan dengan Doomsday. Dari kejadian itu Batman dengan bantuan Diana Prince mengumpulkan The Flash, Cyborg dan Aquaman untuk membentuk Justice League untuk menjaga kesejahteraan bumi. Jangkakan cerita ini mungkin kurang aksi dan lebih penceritaan kerana ada dua bahagian untuk siri Justice League ini.
2. Star Wars: Episode VIII (14 Disember)
Ianya tahun yang bagus untuk Star Wars! Dengan kejayaan Rogue One: A Star Wars Story tahun lalu, momentum franchise Star Wars ini nampaknya tidak akan berhenti! Tahun hadapan pula kemungkinan besar spin-off untuk Han Solo akan berada di pawagam dan Episode IX dijadulkan pada 2019. Senang cerita Star Wars pukul habis setiap tahun sehingga 2019. Jadi untuk Episode VIII, adakah Rey akan menjadi seorang Jedi yang hebat di bawah kendalian Luke Skywalker? Adakah Kylo Ren akan kembali dengan lebih kuat selepas kekalahan di tangan Rey? Tak sabar nak tunggu bulan Disember.
1. Jumanji (21 Disember)
Penutup tirai untuk tahun 2017 adalah filem terbaru dari franchise Jumanji. Mengekalkan nama yang sama, sesiapa yang membesar di tahun 90an pasti kenal sangat dengan jalan cerita Jumanji ini. Dengan gandingan 3 Stooges Jack Black, Dwayne Johnson dan Kevin Hart, apa lagi tuan-tuan mahu? Mesti pecah perut dengan lawak-lawak mereka. Yeah, Jumanji terbaru ini mestinya sangat fun!
Ini merupakan 25 filem Hollywood yang menjadi pilihan kami untuk tahun ini. Ada juga filem Hollywood lain yang hebat tetapi tidak tersenarai seperti Trainspotting, The Space Between Us, Ring, Lego Batman Movie, Baywatch, King Arthur dan banyak lagi. Cuma filem yang tersenarai di atas mempunyai tarikan dan X-Factor yang lebih berbanding filem-filem Hollywood yang lain.
Agak terkilan sebenarnya apabila filem World War Z yang sepatutnya ditayangkan pada bulan Jun ini mungkin tidak akan ditayangkan kerana masih tiada langsung berita berkenaan perkembangan filem ini. Mungkin World War Z tiada penyambungnya? Begitu juga dengan filem-filem dalam senarai di atas. Ada juga yang masih belum ada official trailer atau teaser. Tetapi tidak mengapa. Lock the dates dan enjoy semua filem di atas! Tag kawan anda di ruangan komen sebagai reminder.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment