Allianz Akan Bayar Ganti Rugi Jika Penerbangan Delay | KAKI PALU

Allianz Akan Bayar Ganti Rugi Jika Penerbangan Delay

Share on Google Plus


Dengan hanya membayar RM10, penumpang penerbangan yang membeli polisi Allianz Flight Care akan menerima bayaran sebanyak RM50 sekiranya penerbangan tersebut tertangguh lebih daripada setengah jam.

Menurut satu kenyataan di sini hari, Allianz Group berkata, polisi tersebut boleh didapati menerusi Allianze Online atau quote.allianz.com.my.

Jelasnya, perlindungan ini merangkumi semua penerbangan domestik dan pelanggan kemudiannya akan dikreditkan wang berjumlah RM50 ke dalam akaun bank mereka dalam tempoh tiga hari bekerja.

“Tiada siapa yang suka penerbangan mereka ditunda. Dengan Allianz Flight Care anda akan menerima sejumlah RM50 pada minit ke-31 penerbangan domestik ditunda.

“Hanya dengan lima langkah mudah dan anda akan dilindungi dan bahagian yang terbaik daripada perjanjian itu, anda tidak perlu membuat apa-apa setelah membeli.

“Jika penerbangan anda terlewat lebih daripada 30 minit, wang itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun anda tanpa mengemukakan sebarang dokumen.

“Ia adalah benar-benar mudah,” kata Ketua Inovasi Digital dan Projek Khas Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd.

Allianz Flight Care adalah yang produk pertama seumpamanya dalam industri dan menawarkan pelanggan pilihan perlindungan untuk perjalanan sehala atau pergi balik untuk pengembara tunggal atau seorang pengembara dengan maksimum lima ahli keluarga.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment