Apa Kedudukan Hutang Negara Kita? | KAKI PALU

Apa Kedudukan Hutang Negara Kita?

Share on Google Plus



Malaysia dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana dengan paras hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK kekal terurus pada 52.7 peratus pada 31 Disember 2016.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), kedudukan terkini jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Disember 2016 adalah sebanyak RM648.5 bilion.

Daripada jumlah berkenaan, 96.4 peratus atau RM624.8 bilion adalah hutang domestik, sementara 3.6 peratus lagi atau RM23.7 bilion merupakan pinjaman luar pesisir.



Bagi memastikan paras hutang adalah terkawal dan terurus, beberapa langkah kawalan berikut perlu dipatuhi iaitu:


i)                    Memastikan perbelanjaan mengurus sentiasa dibiayai melalui hasil negara dan seterusnya memastikan sebahagian daripada hasil negara tersebut dapat menampung sebahagian perbelanjaan pembangunan;
ii)                   Mengawal perbelanjaan dan memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berhemat, cekap dan berkesan serta memberi penekanan kepada outcome, bagi mengelakkan pembaziran;
iii)                 Pinjaman Kerajaan adalah semata-mata untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Pinjaman ditumpukan kepada perbelanjaan pembangunan bagi projek berimpak tinggi yang akan memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang; dan
iv)                 Meneruskan dasar semasa Kerajaan dalam mengutamakan pinjaman dalam negeri yang tidak menyebabkan inflasi, dengan mengambil kira mudah tunai yang tinggi dan kos pinjaman yang lebih murah.



MoF, dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata kerajaan yakin dengan langkah-langkah tersebut akan membolehkan paras hutang Kerajaan Persekutuan dapat dikawal dan seterusnya dikurangkan menjelang tahun 2020.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment