Elly Mazlein Sedia Untuk 'Berperang' | KAKI PALU

Elly Mazlein Sedia Untuk 'Berperang'

Share on Google Plus



Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein bakal merakamkan sebuah lagu baharu ciptaan Manusia Putih awal April depan.



Jelasnya, single itu diumpamakan sebagai persiapannya untuk ‘berperang’ dalam industri seni yang kini dipenuhi dengan bakat-bakat muda yang semakin menyinar.



“Ya, saya akan masuk studio awal bulan depan. Tajuk lagu masih belum ada keputusan (lagi) tetapi saya cukup teruja untuk kembali dalam industri muzik dengan single baharu ciptaan Manusia Putih.



“Malah saya juga akan sibuk dengan penggambaran drama baharu 40 episod untuk slot Samarinda. Memang sibuk tapi inilah masa pulun untuk cari rezeki,” katanya.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment