Fakta Penggunaan Media Sosial Yang Akan Mengejutkan Anda | KAKI PALU

Fakta Penggunaan Media Sosial Yang Akan Mengejutkan Anda

Share on Google Plus




Pernahkah anda risau tentang masa yang banyak dihabiskan melayari media sosial setelah seharian mengulangi rutin yang sama. Rutin yang saya maksudkan adalah mengulangi perbutan melayari Facebook seterusnya ke Twitter, Instagram dan akhirnya ke Youtube. Tidak termasuk lagi jika anda pengguna Snapchat atau Tumblr.

Percaya atau tidak, masalah ini tidak hanya berlaku kepada sebilangan besar daripada anda mahupun Rakyat Malaysia sahaja, malah ramai pengguna di dunia turut mengalami ‘simptom‘ yang sama.

Menonton televisyen kini tidak lagi menjadi rutin dan dianggarkan seorang manusia akan menghabiskan masa sebanyak 5 tahun 4 bulan di media sosial sepanjang hidupnya secara purata. Tak sangka bukan?

Infografik ini bakal menerangkan kepada bagaimana seseorang individu menghabiskan masanya di media sosial secara purata. Kajian yang dibuat berdasarkan penggunaan pengguna secara global.



Fakta yang dikeluarkan ini mungkin mengejutkan anda serta membuatkan anda terfikir betapa seriusnya pengguna masa kini terhibur dengan penggunaan media sosial.

Dalam pada itu, salah satu perkara positif disebalik apa yang berlaku adalah jumlah nilai pemasaran bagi media sosial juga semakin meningkat pada setiap tahun. Pada 2016 sahaja, sebanyak $36 Billion telah dilaburkan pelbagai syarikat untuk mengiklankan produk mereka di media sosial.

Tidak berhenti setakat itu, kehadiran Gen-Z yang kini banyak meluangkan masa di media sosial bakal meningkatkan nilai pemasaran dari semasa ke semasa.

Jika anda seorang peniaga yang memfokuskan kepada perniagaan secara online, kami cadangkan anda untuk terus fokus berniaga dan mantapkan pemasaran produk anda di media sosial. Tempat di mana penggunanya sentiasa ramai sesuai dengan produk yang ingin dijualkan. Adalah lebih baik jika anda fokuskan kepada sebuah marketing platform yang berkesan terlebih dahulu sebelum meningkatkan marketing channel yang sedia ada.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment