Filem Ini Terlalu Jijik, Hingga Pawagam Terpaksa Bekalkan Beg Muntah | KAKI PALU

Filem Ini Terlalu Jijik, Hingga Pawagam Terpaksa Bekalkan Beg Muntah

Share on Google Plus


BEBERAPA pawagam di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat mengambil inisiatif menyediakan beg plastik untuk penonton filem seram Perancis, Raw yang telah mula ditayangkan bermula 10 Mac lalu.

Ini kerana Raw diklasifikasikan sebagai filem sangat menjijikkan sehingga boleh membuat penonton berasa loya ketika sedang menyaksikan filem tersebut.

Malah turut dilaporkan, seorang penonton pengsan di dalam pawagam ketika tayangan perdana filem itu di Festival Filem Toronto, Kanada, September tahun lalu.

Disebabkan hal itu, pawagam di LA mengambil keputusan ‘sediakan payung sebelum hujan’ kerana enggan tempat duduk dalam panggung wayang itu dipenuhi dengan muntah pelanggan mereka.

Raw mengisahkan mengenai seorang pelajar perempuan vegetarian yang lama-kelamaan menjadi ketagih untuk memakan daging manusia selepas mula menjamah daging binatang ketika melakukan satu eksprimen di kolejnya.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment