Guna Tips Ini Untuk Elak Kesan Deodoran Pada Baju | KAKI PALU

Guna Tips Ini Untuk Elak Kesan Deodoran Pada Baju

Share on Google Plus


Pemakaian deodoran merupakan satu kemestian harian yang digunakan setiap orang untuk mencegah bau badan. Pun begitu, ada sesetengah deodoran yang menimbulkan tindakbalas kurang menyenangkan terutama di bahagian bawah lengan sehingga meninggalkan kesan kotor kepada baju. Berikut antara tip yang boleh dipraktikkan untuk menangani masalah ini.


1. Gunakan deodoran dalam sapuan yang tipis dan biarkan ia seketika hingga benar-benar kering sebelum mengenakan pakaian.

2. Jika anda terlupa untuk memakai deodoran setelah berpakaian lengkap, pastikan pemakaiannya tidak terkena pada bahagian dalam baju atau sekitar kawasan tersebut. Bahan kimia yang terkandung dalam deodoran boleh menjejaskan warna sekiranya ia terkena pada baju.

3. Pilih deodoran berbentuk semburan dan gel kerana jenis ini cenderung untuk tidak meninggalkan bekas yang terlalu ketara.

4. Sebagai ganti deodoran, sapukan minyak pati (essential oil) pada bawah lengan untuk mencegah bau yang kurang enak. Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan semula jadi seperti tawas.

5. Jika secara tidak sengaja pakaian anda terkena deodoran, segera bersihkan kotoran tersebut menggunakan kain daripada bahan kapas. Jangan sesekali menghilangkan kotoran dengan menggunakan kertas tisu yang dicelup ke dalam air kerana cara tersebut tidak berkesan dan akan meninggalkan kesan yang lebih banyak.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment