Hosni Mubarak Dibebaskan | KAKI PALU

Hosni Mubarak Dibebaskan

Share on Google Plus



Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan pada 2011 meninggalkan hospital tentera pada Jumaat selepas dibebaskan daripada enam tahun dalam tahanan.


Ia merupakan pembebasan bekas pemimpin yang memerintah negara itu selama 30 tahun.


Mubarak telah dibebaskan oleh mahkamah pada awal bulan ini daripada tu­duhan membunuh ratusan penunjuk perasaan pada 2011.


"Ya," kata peguamnya, Farid al-Deeb kepada AFP ketika ditanya sama ada Mubarak telah meninggalkan hospital pada Jumaat.


Tambah peguamnya, Mubarak telah pulang ke kediamannya, iaitu sebuah vila di daerah Heliopolis di Kaherah.


Mubarak dituduh menyebabkan kematian penunjuk perasaan ketika pemberontakan selama 18 hari yang menyaksikan hampir 850 orang terbunuh selepas pertempuran dengan polis.


Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2012, tetapi mahkamah rayuan mengarahkan perbicaraan semula sebelum membatalkan dakwaan itu dua tahun kemudian.


Mah­ka­mah Ra­yuan Mesir membebaskan Mubarak daripada tu­duhan itu pada 2 Mac lalu.


Pada Januari 2016, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Mubarak dan dua anak lelakinya atas tuduhan rasuah.


Bagaimanapun hukuman itu telah mengambil kira tempoh hukuman yang telah dijalaninya. Kedua-dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal telah dibebaskan.


Pada Khamis, mahkamah mengarahkan siasatan baharu berhubung kes rasuah terhadap Mubarak yang didakwa menerima hadiah daripada akhbar milik pemerintah, Al-Ahram.


Beliau juga dilarang ke luar negara. -AFP


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment