Jual Tubuh Untuk Tips Mencecah 5 Angka | KAKI PALU

Jual Tubuh Untuk Tips Mencecah 5 Angka

Share on Google Plus




Mampu peroleh tip lumayan sehingga RM20,000 sehari dengan hanya menemani pelanggan minum dan berhibur. Itu antara kegiatan sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam yang menjadi kegilaan pengunjung di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi di sini.

Kumpulan gadis seksi itu dikatakan bergerak dari meja ke meja pelanggan selain turut menawarkan hubungan seks dengan kadar bayaran tertentu.

Gadis seksi atau GRO ini diberikan tip sekiranya pandai melayan pelanggan dan ini terbukti hasil penemuan buku catatan tertera tulisan ‘tip GRO’ ketika serbuan dilakukan polis Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman di sebuah premis di Jalan Imbi, di sini, malam kelmarin.

Pegawai Operasi STAGG Bukit Aman Superintendan Mohd Shukri Abdullah berkata, hasil risikan dan intipan pihaknya mendapati pusat hiburan itu beroperasi sejak dua tahun lalu. Katanya, siasatan awal mendapati premis berkenaan menggaji wanita warga asing sebagai GRO untuk melayan pelanggan termasuk boleh dilanggan untuk hubungan seks.

“Kami menahan 31 wanita warga Vietnam disyaki GRO kerana melanggar peraturan imigresen Seksyen 39(b), 55 (1) (d), 6 (1) (c) IMG (kosong), 15(1)(c) Akta Imigresen 1963 dan Sek 12(f) Akta Passport.

“Dalam serbuan ini kami juga menahan tiga pekerja premis dan seorang pemiliknya yang masing-masing warga tempatan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, pemeriksaan rapi pihaknya menemui wang tunai RM16,950, dua buku catatan ‘tips GRO’ dan satu buku jualan harian yang kemudian dirampas.

“Premis ini mempunyai lesen hiburan sah sehingga 29 Julai. Siasatan mendapati premis juga dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). Pekerja GRO ini juga didapati memegang pasport sendiri dan bebas bergerak dan memilih pelanggan tanpa sebarang sekatan,” katanya.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Hanya untuk hidup mewah badan dijualnya, terdesak hidup di dunia metrialistik...

    Cari kerja kosong di Johor?
    Klik sini: http://jawatan-kosong-johor.blogspot.my

    ReplyDelete