Kalau Nak Jual Nasi Lemak, Jual Je Lah... Tapi Jangan Pula 'Jual' Agama | KAKI PALU

Kalau Nak Jual Nasi Lemak, Jual Je Lah... Tapi Jangan Pula 'Jual' Agama

Share on Google Plus



Berikutan jadi trend di kalangan peniaga untuk memilih nama-nama yang berkontroversi yang membabitkan isu LGBT seperti yang dilakukan oleh pemilik Nasi Lemak Pondan dan kini, diikuti oleh pemilik Nasi Lemak Gay baru-baru ini, masyarakat di Malaysia mencari semakin benci dengan taktik yang dilakukan oleh mereka ini yang dilihat sebagai tidak bermoral dan memalukan sebagai seorang yang beragama Islam.

Sebuah laman page yang merupakan sebuah pelukis komik online di Facebook, Abeben’s Network telah tampil mengupas perkara ini untuk bacaan netizen semua, khususnya kepada peniaga-peniaga yang telah atau merancang untuk menggunakan taktik marketing yang serupa dengan peniaga-peniaga nasi lemak LGBT ini.

Baca perkongsian mereka di bawah:


Semakin lama, perkara-perkara yang dibenci oleh Allah semakin boleh diterima oleh masyarakat. Umat Islam dah boleh terima dan anggap LGBT sebagai sesuatu yang biasa dan bukannya perkara yang dilaknat oleh Allah, sehingga langsung tidak rasa apa-apa apabila dijadikan sebagai bahan promosi atau intipati dalam sesuatu produk.

Normalisasi maksiat dan kemungkaran ni sebenarnya dah lama berlaku. Ia bermula dengan sekecil-kecil perkara, seperti babak bercumbu dan pergaulan bebas dalam komik, filem dan animasi, sehinggalah ke sebesar-besar perkara, seperti menggubal undang-undang agar menghalalkan ia di dalam negara.




Lihat apa jadi pada Jepun

Lihatlah Jepun sebagai contohnya. Sebuah negara yang kita semua tahu amat konservatif dan mementingkan tradisi dan adab kebudayaan mereka. Namun lihatlah generasi baharu mereka hari ini yang semakin terpengaruh dengan budaya luar yang bertentangan dengan tradisi dan adab kesopanan mereka. Mereka kini menjadi antara pengeluar filem dan animasi lucah terbesar di dunia. Dan kesannya merecik hingga ke Malaysia.



Sub-contohnya, animasi-animasi mereka mula menormalisasikan hubungan sumbang mahram, LGBT dan pedofilia. Bayangkan anak-anak muda yang membesar dengan animasi sebegini. Lama-kelamaan, mereka mula anggap elemen incest, lolicon, harem, ecchi, yuri, shonen-ai sebagai genre yang boleh diterima. Jangan nafikan perkara ini, kerana ia benar-benar berlaku dalam generasi muda.


Bersembunyi disebalik nama freedom of speech

Itu baru satu contoh. Banyak lagi contoh lain yang memangkin normalisasi kemungkaran di Malaysia. Kebanyakannya bersembunyi di sebalik nama hak kebebasan bersuara. Dan trend terkini pula, menerapkan istilah-istilah kotor ini dalam produk masing-masing, sebagai bahan penarik dan pengviral. Seolah-olah tidak ada lagi rasa bersalah dalam hati apabila membiasakan umat Islam untuk menerima perkara-perkara kotor sebegini.



Berniaga tak salah. Yang salahnya apabila gunakan perkara yang dibenci Allah sebagai bahan pelaris jualan. Jangan sampai kita dianggap sebagai pelopor aktiviti menunggang maksiat seperti ini. Dan jangan sampai selepas ini, maksiat-maksiat yang lebih teruk turut sama dinormalisasikan dalam masyarakat.

Renung-renungkanlah wahai umat Islam. Cukuplah kita menerima serangan pemikiran daripada musuh-musuh Islam. Kalau kita sendiri selaku umat Islam pergi serang pula daripada dalam, bagaimanakah nasib umat kita pada masa hadapan kelak?


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment