Kempen Anti Dadah Mengurangkan Pelancong Ke Filipina, Keluh Mereka | KAKI PALU

Kempen Anti Dadah Mengurangkan Pelancong Ke Filipina, Keluh Mereka

Share on Google Plus


Setiausaha pelancongan Filipina menggesa media mengurangkan liputan berhubung kempen anti dadah Presiden Rodrigo Duterte, kerana laporan mengenai pembunuhan luar bidang kehakiman telah menakutkan rakyat asing.

Wanda Teo menegaskan, Filipina adalah sebuah destinasi yang selamat namun pengamal media telah menjadikan negara itu sukar dipromosikan kerana fokus mereka terhadap pembunuhan tersebut.

"Tolong bantu kami. Adalah sukar untuk saya mempromosikan Filipina terutamanya apabila pembunuhan luar bidang kehakiman menjadi topik utama," katanya.

Katanya lagi, pengusaha pelancongan di luar negara sering bertanya kepada beliau tentang isu berkenaan dan memberitahu Asia serta Eropah adalah antara rakyat yang melahirkan kebimbangan.

"Saya akan sentiasa mengatakan Manila adalah selamat. Kepada pihak media, tolong kurangkan laporan pembunuhan berkaitan kempen anti dadah itu," katanya.

Sejak Duterte mengambil alih jawatan pada Jun tahun lalu, polis telah melaporkan 2,595 kematian dalam kempen anti dadah tersebut. - AFP



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment