Ketagih Facebook Dan Video Lucah, Jadi Punca Generasi Muda Tak Gemar Seks | KAKI PALU

Ketagih Facebook Dan Video Lucah, Jadi Punca Generasi Muda Tak Gemar Seks

Share on Google Plus



SYDNEY, 13 Mac — Generasi muda kurang mengadakan hubungan seks kerana lebih suka menghabiskan masa dengan media sosial atau menonton bahan lucah, kata pakar.

Sementara mereka yang sudah berkahwin pula lebih cepat hilang nikmat hubungan kelamin daripada mereka yang masih bujang, lapor News.com.au minggu lepas.

Penyelidik yang meneliti data kehidupan seks 26,000 warga Amerika Syarikat sejak 1989 mendapati penurunan kekerapan hubungan seks sebanyak lapan kali.

Data menunjukkan mereka mengadakan hubungan kelamin 62 kali setahun antara 2000 hingga 2004 tetapi menurun 54 kali sahaja antara 2010 hingga 2014.

Suami isteri pula menikmati seks 51 kali setahun antara 2010 hingga 2014, menurun 16 kali berbanding tempoh 2000 hingga 2004.

Namun mereka yang masih bujang kurang empat kali sahaja kepada 33 kali setahun antara 2010 hingga 2014 berbanding tempoh sebelumnya.

Profesor Jean Twenge berkata banyak hiburan dan media sosial seperti Facebook menjadikan seks “hanya satu daripada beberapa pilihan yang menyeronokkan.”

“Tambahan pula, lambakan dan penggunaan pornogafi yang makin meningkat mungkin menjadi saluran memuaskan nafsu tanpa memerlukan pasangan,” katanya.

Penyelidik juga mendapati mereka yang bekerja penuh masa menikmati seks lebih kerap berbanding mereka yang kurang bekerja atau menganggur.

Hasil kajian itu, yang diketuai Twenge di Universiti Negeri San Diego, diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behaviour.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment