Menarik! McD Akan Mula Jual Sos 'Big Mac' Mereka Di Super Market | KAKI PALU

Menarik! McD Akan Mula Jual Sos 'Big Mac' Mereka Di Super Market

Share on Google Plus



Berita baik buat peminat setia McDonald’s. McDonald’s akan mula menjual sos rahsia mereka kepada orang ramai. Yeah! Antara sos yang bakal dibotolkan untuk pasaran adalah sos Big Mac, McChicken dan Filet-O-Fish. Kalau sebelum ini anda kata McDonald’s kedekut letak sos pada burger anda, ini penyelesaiannya.



Cuma masalahnya, ianya tidak akan hadir ke Malaysia dalam masa terdekat. McDonald’s hanya akan mula menjual sos-sos ini kemungkinan besar pertengahan tahun ini dan dijual di Canada terlebih dahulu.



Sos Big Mac dan Filet-O-Fish ini kalau cicah dengan kentang goreng memang sedap. Andai sos-sos ini sudah tiba di Malaysia, bolehlah beli dan makan dengan burger Ramly. Fuh, mesti mengancam habis burger buatan di rumah anda nanti!


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment