Najib Razak Menteri Kewangan Terbaik Di Asia | KAKI PALU

Najib Razak Menteri Kewangan Terbaik Di Asia

Share on Google Plus



TAHUN ini dikhabarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di nombor 11 daripada 12 orang senarai Menteri Kewangan Terbaik Di Asia. Difahamkan, tahun terdahulu, beliau berada di kedudukan lebih ke bawah iaitu nombor 12, manakala pada tahun 2015 pula berada di kedudukan lebih baik iaitu di kedudukan ke 8.


Walaupun laporan berkenaan dibuat oleh sebuah majalah kewangan Asia, namun ia tetap menjadi sumber rujukan dan panduan dalam kalangan 'dunia kewangan' di benua ini.


Jika melihat kepada dalam negara kita pula, tak mustahil akan ramai pembenci dan pengkritik berkata bahawa Najib Razak seorang Menteri Kewangan terburuk di Asia apabila mengetahui statistik ini tidak lama lagi.


Namun mereka lupa, keseluruhan negara di benua Asia ini mempunyai sebanyak lebih daripada 40 buah negara, sekali gus sifir mudahnya Menteri Kewangan juga sebanyak itu.


Bagi merujuk kembali kepada statistik kedudukan tadi, maka adakah Najib Razak sedang berada di kedudukan terburuk atau ia suatu kedudukan yang tidak layak untuk dibanggakan?


Adakah berada di kedudukan Top 15 ini masih boleh dianggap sebagai seorang yang amat teruk dan gagal sekali?


Padahal apabila Najib Razak berada di kedudukan ke 11 sebagai Menteri Kewangan Terbaik Di Asia berbanding ada lebih 40 jawatan yang sama, maka ia sebenarnya sebuah pencapaian terhebat bagi negara kita, khususnya beliau sendiri secara peribadi.


Tapi tidak mustahillah bagi mereka yang asyik suka membangkang dan tidak pernah rasa berpuas hati serta jenis yang kufur nikmat ini, mereka akan kata bahawa Najib Razak seorang Menteri Kewangan terburuk di benua ini. Itulah sifir yang mereka akan ulang setiap hari.


Inilah penyakit yang Malaysia sedang alami sekarang ini. Dikala sesetengah rakyat Malaysia sendiri yang sentiasa membenci negara dan pemimpinnya, namun pihak luar negara yang tiada sebarang kepentingan dengan politik kita terus menerus mencatatkan fakta bahawa Najib Razak seorang yang hebat.


Jika Najib Razak terus diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin Malaysia selama 20 tahun, tidak mustahil akan ada ramai penduduk negara asing akan kata "KALAU RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAHU NAJIB RAZAK MEMIMPIN MEREKA, BERILAH KEPADA KAMI. KAMI AKAN BERBANGGA JIKA ADA PEMIMPIN SEPERTI NAJIB RAZAK!" -KAKI PALU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment