Orang Utan Bertinju Dapat Kecaman Netizen [VIDEO] | KAKI PALU

Orang Utan Bertinju Dapat Kecaman Netizen [VIDEO]

Share on Google Plus




BANGKOK: Sebuah zoo di Thailand dikecam kerana mempergunakan spesies terancam orang utan untuk meraih keuntungan dengan mengadakan pertunjukkan tinju melibatkan haiwan terlindung itu.



Kumpulan aktivis haiwan menggesa pihak Zoo Safari World di Bangkok, ditutup kerana mengadakan aktiviti yang disifatkan menyeksa orang utan tersebut.



Seorang guru kelahiran Amerika Syarikat (AS) yang mengajar di Thailand, Samantha Fuller berkata, pihak zoo ternyata mengekplotaisi kebijaksanaan orang utan apabila mengadakan pertunjukan tersebut.



Ujarnya, walaupun pertandingan itu sekadar untuk jenaka dan menghiburkan pengunjung tetapi ia tetap salah kerana mempergunakan keunikan spesies terancam.



“Pertunjukkan itu membuatkan saya berasa marah dan sukar untuk dilupakan,” katanya.







Sementara itu, Pegarah Yayasan Antarabangsa Kebajikan Haiwan (IFAW) Britain, Philip Mansbrigde berkata, layanan terhadap orang utan di zoo berkenaan sangat kejam dan satu eksplotasi yang jelas.



“Orang utan memiliki kepintaran yang tinggi dan haiwan yang sangat sensitif selain memiliki 97 peratus DNA yang menyamai manusia.



“Spesies itu tidak patut diletakkan dalam gelanggang tinju dan lengkap berpakaian seperti petinju semata-mata menghiburkan penonton,” katanya.



Pihak zoo berkenaan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kecaman tersebut.







Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment