Pengemis Terkaya Di Sarawak | KAKI PALU

Pengemis Terkaya Di Sarawak

Share on Google Plus



Sebuah blog mendakwa seorang individu yang dikenali dengan nama jolokkan "Amoi Seringgit" atau "Leha Seringgit" yang mengemis di bandar ini mempunyai hampir RM100,000 di dalam akaun bank simpanannya hasil dari "aktiviti" mengemis beliau.

Beliau dikatakan dimana cukup popular bagi masyarakat di sekitar bandar Sarikei ini kerana dia adalah seorang peminta sedekah daripada orang ramai.

Blog tersebut juga mendedahkan rutin harian beliau adalah menangih duit RM1 daripada sesiapa sahaja dan apabila petang dia akan ke bank untuk memasukkan duit hasil "tagihan" orang ramai ke dalam akaunnya.

Begitulah rutin harian beliau, bagi sesiapa yang baru menjejak kaki ke Sarikei pastinya akan menghulurkan sejumlah wang, kata blog tersebut lagi.

Kesahihan berita ini belum dapat dipastikan lagi namun sekiranya pembaca Sarawakiana, khususnya mereka yang berada di Sarikei mengetahui akan perkara ini, sila tinggalkan komen anda pada artikel ini.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment