Raja Bomoh Memalukan Islam, Kata Pengamal Perubatan | KAKI PALU

Raja Bomoh Memalukan Islam, Kata Pengamal Perubatan

Share on Google Plus



Tindakan Datuk Ibrahim Mat Zin yang terkenal dengan panggilan raja bomoh “memagar” Malaysia bukan sahaja memberi kesan buruk kepada imej perubatan Islam malah kepada agama itu sendiri.

Pengamal perubatan Islam berkata upacara Ibrahim yang tular di media sosial kebelakangan ini mengundang persepsi negatif dan mengelirukan masyarakat.

“Bacaan dia sendiri pun tidak betul. Upacara macam itu tidak sepatutnya ada.

“Kita kena faham [beza] adat dan ibadah. Apa dia buat, tidak semua orang faham.

“Pakai buluh dan buah kelapa. Ini menimbulkan syak dan ia akan menjatuhkan Islam sendiri,” kata Tuan Asmawi Tuan Umar kepada ProjekMMO.

Ibrahim, 82, mendakwa melindungi negara dari zaman penjajah menggunakan biji kelapa, batang kayu, meriam buluh, sejadah dan air laut untuk menangkis ancaman Korea Utara.

Beliau juga melakukan ritual “teropong” menggunakan kayu di luar perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tempat mayat Kim Jong-nam disimpan.

Tuan Asmawi berkata alternatif lain yang boleh dibuat adalah menganjurkan solat hajat seluruh Malaysia dan bukannya upacara sedemikian.

“Kalau hendak raih populariti, ajaklah umat Islam solat hajat. Kita ada masjid setiap negeri.

“Doa senjata orang mukmin. Kalau dia kata ‘saya Raja Bomoh mencadangkan semua masjid negeri…’ Bukankah sedap bunyinya,” katanya.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment