Tahukah Anda Kakak Kim Jong Un Lebih Berkuasa? | KAKI PALU

Tahukah Anda Kakak Kim Jong Un Lebih Berkuasa?

Share on Google Plus



Kakak kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dipercayai mengetuai sebuah badan pembuat keputusan utama dalam tentera negara itu.

Penyelidik di Institut Sejong, Korea Selatan, Lee Yun-keol berkata, Kim Sol-song difahamkan mengetuai Badan Pemerintah Agung Tentera Rakyat Korea (KPA).

Katanya yang dipetik agensi berita Yonhap, badan pembuat keputusan itu didakwa diwujudkan semasa pemerintahan Kim Jong-il dengan tujuan membantu pemimpin semasa menerajui negara berkenaan.

“Jong-un pada dasarnya mengetuai badan utama itu tetapi secara realiti, Sol-song merupakan individu yang mengetuai KPA,” kata Yun-keol.

Sol-song dilahirkan pada tahun 1974 dan merupakan anak kepada Jong-il dengan isteri keduanya, Kim Yong-suk.

Beliau adalah berlainan ibu dengan Jong-un yang dilahirkan oleh Ko Yong-hui, seorang wanita Korea yang tinggal di Jepun.

Bagaimanapun, kegiatan umum Sol-song masih tidak diketahui di tengah-tengah perbezaan pendapat berhubung peranannya dalam kepimpinan Korea Utara ketika penganalisis mendakwa wanita itu menjauhkan diri daripada pentadbiran Pyongyang.

Jong-un dicadangkan sebagai komander agung KPA pada 30 Disember 2011, kira-kira dua minggu selepas kematian bapanya, Jong-il.

“Beliau mungkin berkhidmat sebagai ketua naib pengerusi bagi jawatankuasa pusat parti pemerintah, Parti Pekerja Korea (WPK),” katanya.

Bagaimanapun, dakwaan Yun-keol masih tidak disahkan kerana media Korea Utara tidak pernah menyebut sebarang jawatan itu dalam laporan mereka.

Ketika ini, jawatankuasa pusat WPK mengandungi pengerusi iaitu Jong-un dan sembilan naib pengerusi termasuk Choe Ryong-hae.

Sementara itu, seorang felo penyelidik kanan di Institut Sejong, Cheong Seong-chang mendakwa, Sol-song dipercayai memainkan pengaruh yang besar terhadap proses membuat keputusan Korea Utara.

- Utusan Malaysia


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment