Tengok Bagaimana Allah Muliakan Najib Razak.... | KAKI PALU

Tengok Bagaimana Allah Muliakan Najib Razak....

Share on Google Plus


SIAPA tak kenal dengan Mufti Ismail Menk, mungkin ada yang tak kenal terutama budak-budak remaja raver atau hipster.


Tapi jika mereka aktif dalam twitter contohnya, pasti mereka pernah terjumpa kata-kata hikmah dari seorang lelaki bernama Mufti Menk ini.


Beliau merupakan seorang Ketua Jabatan Fatwa Majlis Ulama Zimbabwe dan menjadi ulamak terhebat seantero dunia.


Beliau tiada sebarang kepentingan politik atau perniagaan dengan mana-mana negara khususnya Malaysia. Tugas beliau hanyalah berdakwah dan memastikan syiar Islam terus harum mekar di dunia ini.


Apabila baru-baru ini beliau datang ke Malaysia, Mufti Ismail Menk telah memilih untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Najib Razak.


Mufti Ismail Menk memuji kejayaan Malaysia mengekalkan keharmonian biarpun rakyatnya menganut agama berbeza.


Perdana Menteri berkata, pujian itu disampaikan kepada beliau ketika Ismail mengunjungi pejabatnya di Putrajaya kelmarin.


Katanya, apa yang dimiliki negara ketika ini perlu dikekalkan bagi memastikan rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni dan yang paling penting, mesej keamanan serta kasih sayang dibawakan oleh Islam dapat disampaikan dengan jelas.


“Perlembagaan Persekutuan juga menjamin hak setiap rakyat untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing walaupun Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.


“Ini adalah Malaysia dan diharapkan keindahannya akan terus berkekalan untuk generasi akan datang, insya-Allah,” katanya menerusi catatan di blog NajibRazak.com malam semalam.


Ketika para bekas pemimpin negara dan pembangkang bersama-sama macai mereka memperbodohkan dan menghina Najib Razak, Allah telah memutuskan seorang demi seorang 'public figure' peringkat antarabangsa untuk memuji Najib Razak di pejabatnya sendiri.


Adakah rakyat masih tidak faham kenapakah Allah memutuskan mereka-mereka ini bertemu Najib Razak dan disetiap perjumpaan itu tidak pernah lagi mereka mengutuk Perdana Menteri sepertimana yang netizen pembangkang lakukan?


Semoga kita mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku di hadapan mata kita. Takkanlah kita mahu Lim Kit Siang memuji Najib Razak barulah kita akan bersetuju? Dimana iman kita letak? -KAKI PALU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment