Tentera Tak Tahan Kena 'Bahan' Dengan Netizen, Patung 'Harimau Happy' Diroboh Terus | KAKI PALU

Tentera Tak Tahan Kena 'Bahan' Dengan Netizen, Patung 'Harimau Happy' Diroboh Terus

Share on Google Plus


Tentera Indonesia bertindak menurunkan patung harimau di depan sebuah kem komando di sini selepas ia menjadi bahan lawak di media sosial kerana rupanya yang bukan sahaja tidak garang, malah lucu.

Menurut Harian Metro, harimau terbabit merupakan maskot kem tentera di Cisewu. Disebabkan mulutnya yang kelihatan seperti tersenyum menyebabkan ia mulai viral media sosial.

Ramai pengguna media sosial menganggap patung harimau itu lucu dan sehingga menerima jolokan ‘harimau paling bahagia di dunia.’

Kepala saya sakit kerana menahan ketawa apabila melihat beberapa gambar jenaka harimau Cisewu ini,” kata pengguna Twitter, Galcit.


Selepas gambar itu viral, tentera akhirnya menurunkan patung yang sudah enam tahun berada di situ kelmarin.

Harimau sepatutnya kelihatan garang kerana haiwan itu melambangkan keberanian dan ketangkasan.

Apabila seseorang mengkritik patung itu kerana kelihatan lucu kami tidak boleh tidak mengendahkannya,” kata jurucakap tentera, Mokhamad Desi Arianto.

Menurutnya, maskot harimau yang baru dan garang akan menggantikan tempat patung lama itu.

Tidak lama selepas gambar patung harimau itu diturunkan, pengguna media sosial melahirkan kesedihan dengan tindakan tentera itu.




Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment