VIDEO : Ibu Kejam Ikat Anak Seperti Tambat Lembu Tepi Jalan | KAKI PALU

VIDEO : Ibu Kejam Ikat Anak Seperti Tambat Lembu Tepi Jalan

Share on Google Plus



Polis sedang memburu seorang ibu yang kejam, yang sanggup mengikat anaknya yang berusia kira-kira lima tahun di tepi jalan dengan menggunakan tali plastik.Kejadian berlaku di kawasan gerai makan di Nonthaburi, Bangkok. Perbuatan kejam itu telah dirakamkan dan disaksikan lebih dua juta kali.


Dalam rakaman berkenaan, wanita itu sambil menjerit, telah mengikat kepala, tangan dan belakang anaknya hinggakan kanak-kanak itu menjerit `saya tidak boleh bernafas’.


Ia dirakamkan oleh seorang wanita yang kebetulan berada di situ dan kemudiannya menyerahkan rakaman terbabit kepada polis.


Pihak berkuasa kini sedang memburu wanita itu manakala lilitan tali tersebut dilepaskan oleh wanita terbabit selepas berpuas hati dengan hukuman yang diterima oleh anaknya.


“Si ibu itu mempunyai hati yang busuk. Dia sanggup melakukan perbuatan sebegini teruk. Satu-satunya cara untuk wanita yang kebetulan berada di situ adalah dengan merakamkan video dan berkongsi klip terbabit.


“Kanak-kanak itu menjerit tidak boleh bernafas tetapi wanita itu hanya merakamkan gambar, sedangkan dia sepatutnya masuk campur dan membantu kanak-kanak itu” ujar polis tersebut.







Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment