20 Tahun Ini, Kadar Kelahiran Umat Islam Akan Melebihi Penganut Kristian | KAKI PALU

20 Tahun Ini, Kadar Kelahiran Umat Islam Akan Melebihi Penganut Kristian

Share on Google Plus




Islam mungkin menjadi agama terbesar di dunia menjelang akhir abad ini dan kadar kelahiran umat Islam dijangka melebihi penganut Kristian dalam tempoh 20 tahun.

The Wall Street Journal (WSJ) memetik kajian terbaru oleh Pusat Penyelidikan Pew di Amerika Syarikat menunjukkan Islam agama paling cepat berkembang dengan populasi beragama Islam meningkat lebih 150 juta orang kepada 1.8 bilion orang antara 2010 hingga 2015.

Agama Kristian yang merupakan agama terbesar di dunia ketika ini bagaimanapun berkembang perlahan dan semakin merosot di Eropah. Hanya 2.3 bilion penganut Kristian setakat 2015.

Walaupun kadar kelahiran penganut Kristian di seluruh dunia mencecah 33%, lebih sedikit daripada jumlah kelahiran umat Islam, namun kadar kematian penganut Kristian sebanyak 37%, hampir 2 kali ganda lebih tinggi daripada penganut agama lain.

Di kebanyakan negara Eropah, kadar kematian penganut Kristian mengatasi kadar kelahiran dari 2010 sehingga 2015.

Kajian terbaru itu turut menjangkakan sehingga 2060, populasi penganut Kristian dan umat Islam menjadi hampir sama.




Sumber: Free Malaysia Today


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment