Apa Donald Trump Buat Terhadap Gaji Pertamanya? | KAKI PALU

Apa Donald Trump Buat Terhadap Gaji Pertamanya?

Share on Google Plus


Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendermakan tiga bulan gaji pertamanya kepada Perkhidmatan Taman Kebangsaan.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sean Spicer, menyerahkan replika cek bernilai AS$78,333.32 (RM346,468) kepada Setiausaha Dalam Negara, Ryan Zinke, pada satu sesi taklimat.

Ahli perniagaan bertaraf bilionair itu berjanji untuk tidak menerima gajinya sepanjang berkhidmat sebagai presiden.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang Trump mesti dibayar gaji maka beliau bersetuju untuk mendermakan wang berkenaan.

Sementara itu, Zinke berkata beliau teruja dengan keputusan presiden itu untuk mendermakan wang kepada agensi di bawah kendaliannya.

"Trump sudah memaklumkan mengenai perkara ini malam Ahad lalu.

"Wang ini akan digunakan untuk membiayai projek menaik taraf 25 taman negara di seluruh negara, yang keseluruhannya membabitkan kos AS$229 juta (RM1 bilion)," katanya.

Sebelum ini, Trump bercadang untuk memotong kira-kira 12 peratus daripada bajet untuk Jabatan Dalam Negara. - AP


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment