Cara & Tempat Paling 'Rare' Untuk Mudah Dapat Jodoh | KAKI PALU

Cara & Tempat Paling 'Rare' Untuk Mudah Dapat Jodoh

Share on Google Plus



Sebelum wujudnya internet, cara terbaik untuk cari pasangan adalah dengan keluar dari rumah dan bergaul dengan orang sekeliling. Bayangkan saja dah cukup meletihkan!


Manakan tidak, kena bangun daripada katil, ‘spray’ minyak wangi, iron baju dan pakai cantik-cantik.


Siapa yang rajin sangat nak buat semua ni. Tapi hakikatnya, nak cari pasangan sehidup semati, kenalah berkorban sikit..ye dok?


Selain di internet, dekat mana lagi korang boleh cari jodoh??




1. Jangan terlepas parti hari jadi kawan kamu!

Parti hari jadi memang ‘port’ terbaik. Ramai kenalan yang akan dijemput dan jika kamu bernasib baik, crush pun akan muncul! Bila tengah ramai, takdelah malu sangat nak tegur. Kajian membuktikan, lagi ramai orang, lagi rendah peratusan orang nak perasan apa kita buat. (The Bystander Effect – Google kalau tak faham).




2. Guna pengangkutan awam nak pergi kerja

Yang ini macam drama Korea sikit, tapi mujarab! Dalam ramai-ramai itu, mesti ada yang berkenan di hati. Setiap hari pergi kerja, mesti jumpa muka yang sama. Waktu inilah paling sesuai nak suai kenal. Mulakan dengan:”I selalu nampak you time macam ini.




3. Rajinkan diri terlibat dengan kerja sukarelawan

Kalau nak cari pasangan yang baik hati dan rajin membantu mereka yang memerlukan, kita pun kenalah rajinkan diri join aktiviti macam ini. Sambil menyelam, minum air.




4. Setuju je bila ada kawan yang nak ‘kenenkan’

Kalau malas sangat nak cari, setuju je bila kawan atau ahli keluarga nak tolong carikan jodoh. Manalah tahu, ada yang anda berkenan.




5. Redha, kerana jodoh itu di tangan Tuhan

Mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk mencari. Rajinkan diri berdoa. Bila dah usaha tu, korang tawakal dan tunggu jodoh tu datang.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment