'Dulu Aku Kerja Di Kedai Kopi, Sekarang Dah Bergelar PTD' | KAKI PALU

'Dulu Aku Kerja Di Kedai Kopi, Sekarang Dah Bergelar PTD'

Share on Google Plus
Kredit: IIUM Confession



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Terima kasih pada admin jika confession saya ni disiarkan. Cukup saya perkenalkan diri ini sebagai Dee, 25 tahun.

Sy tamat pengajian pd usia 23 tahun. Disebabkan sy jenis tak blh duduk diam jd penting utk sy mencari pekerjaan secepat mungkin. Jd, sy bekerja di kedai kopi sementara menunggu keputusan degree sy keluar. Gaji pertama sy RM300 bekerja dr pkl 7am sehingga 3pm. Dpt extra RM5/day kalau turun pkl 5am.

Seronok bergaul dgn pekerja situ dan diorang tak tahu pun sy ada degree sbb sy tak pernah cerita. Sy belajar cara buat air, cara memasak. Dr situ juga sy belajar cara bercakap dan handle mcm2 jenis customer. Sy belajar serba sdikit ttg stock, invoice.

Mak dan ayah sy bukan org susah bkn juga org berada. Sedang sedang. Tapi sy rs malu duduk di rumah tak buat apa, tambahan pula sy ni kuat berbelanja. Gaji RM300 sy guna secermatnya. Bagila RM10 dkt adik. Sponsor kfc sikit. Sekurang2 nya ada la pengalaman sbg waitress nak catat dlm resume selain dr pengalaman practical training.


gambar hiasan


Sy bekerja selama sebulan, sy call tmpt sy buat praktikal, di firma audit di sekitar Sabah mana tahu ada kekosongan. Bekas supervisor sy mengalu2 kan kedatangan sy. Jd bermula lah 2nd job sy, sbg Audit Assistant. Drpd RM300 naik ke RM1200. Sy bekerja di situ tak lama, setahun lebih shj.

Utk jimat, sy naik motor sahaja. Sy jenis punctual. Hujan ribut taufan ke sy tetap datang tepat. Kalau lambat 5 minit pun sy akan call supervisor.

Akibat working environment yg stress dan hubungan antara staff tak berapa best. Sy nekad nak keluar cari kerja lain. Sy habiskan cuti utk attend interviews. Sy list out smua company2 di sekitar Sabah dan dptkan email dan nmbr telefon. Sy submit resume dan sll follow up dgn phone call. Sy bertahan sementara dpt kerja lain.

Weekend pula sy habiskan dgn mengikuti kursus2 luar sprti kursus perniagaan online, seminar usahawan. Sy mengambil ujian insurans utk menjadi agen insurans. Tapi, sy bukan penjual insurans yg aktif. Sy sukakan cara mereka melatih agen insurans bercakap dan berpakaian. Sy sll attend weekend seminar yg dianjurkan oleh agensi insurans sy sbb sy nak boost up confident level and build networks with other people.

Sy resign setelah setahun lebih bekerja di firma audit. Sy rasa kurang minat dlm bidang akaun dan sy refuse utk ambil ACCA sbb susah dan tak minat. Sy mendapat tawaran sbg Human Resource Executive di sebuah syarikat besar. ya, sy sgt minat bidang administration and HR. Dr gaji RM1200, sy berjaya demand gaji bersih sebanyak RM2,400. Sy antara yg termuda menyandang jawatan eksekutif di syarikat dan tersangatlah banyak tanya sbb tak ada pngalaman dlm bidang ni.


gambar hiasan


Tapi, syukurlah rezeki memihak kepada sy utk tahun 2017. Sy ditawarkan menyandang jawatan di government sector. Mass nak submit resign letter, Senior Manager sy berkeras menahan sy. Saya ni nak kata kerja tiptop tak lah sbb sy pun baru lg, tp dia sangat suka personaliti sy katanya dan susah utk dia cari staff baru yg ada good communication skills.

Adik2 yg baca confession ni mesti kata “Allah mudahnya dia dpt kerja” TAK. tolak tambah bahagi darab, sy dah attend berpuluh2 interview dan exam utk dpt kerja. Beratus2 duit habis utk tambang bas, teksi dan kos photostat resume sijil2 sy ulang alik interview. Pesanan sy, keluar lah cari pekerjaan. Apa2 kerja. Build ur network by get to know other people. Learn from their experiences. They can help you.

Last but not least, kalau pointer adik2 tak okay mcm sy. Kerja la apapun, mula dr bawah dan utk masuk industri bukan mudah. Build ur platform and map ur journey to achieve ur dream. Buang ego “aku degree aku tak layak kerja mcm ni, aku ptt dpt gaji besar”. Put that aside.


Hai semua. Terima kasih admin kalau sudi approve lagi sambungan cerita saya. Saya tak pasti kalau cerita saya ni berguna atau tak tapi sebenarnya saya nak sampaikan pada rakan yang pointer rendah macam saya.

Apa yang saya cari adalah career path sy. Sy kenalpasti minat saya, dalam bidang administration/HR tapi macam lambat sangat nak sedar sebab ambil bidang accountancy. Masa masuk U, ambik je lah mana2 bidang dah besar tak tahu pun nak jadi apa. Janji masuk U, haaa itulah mentality sy yg noob.

1st job sy di kedai kopi, saya bukan setakat cuci pinggan dan buat air. Saya jenis banyak bertanya dan suka berkawan. Saya dapat banyak kenalan, sy save mana number phone orang2 yg boleh tolong sy in future undertakings. Ini kita panggil sbg networking. Saya akan mesej “Kalau ada vacancy kat ofis kau, inform aku tau’’ dan normally diorang akan minta terus resume aku dan inform lubang kerja kosong.

Saya call bekas supervisor sy minta apa-apa kerja kosong yang ada. Audit Assistant, my 2nd job tapi sy rs sy buat kerja yg more to clerical. Basic RM1,200 tolak epf socso tinggal berapa. Memang tak cukup nak survive jadi sy bawa motor dan bekal nasi siap dari rumah. Berhujan berpanas sy dgn motor buruk sy. Sy fikir nak kena ada setahun experience lepas tu wajib cari kerja lain sebab sy dlm ofis suka pergi dkt HR department, sy seronok tengok kerja-kerja diorang. Dalam tiga bulan terakhir sy di situ, sy memang push diri sy utk keluar cari kerja. Sy focus scope of job sy dlm HR/Admin Saya tak tahu ni banyak ke tak, tapi dah 10 interviews sy pergi, 2 interviews utk government sector.

Ada orang tanya saya, macam mana sy boleh kena panggil interview cepat dan bertubi-tubi. Sy hantar resume by hand. Sy byk buat research cara yg bagus utk buat resume. Kawan sy office boy, dia banyak kenal staff2 di byk company. Sy selalu mtk tolong dia bawa sy jumpa staff utk hand in my resume. Terus terang cakap, dengan cara ni sy terus ditemuduga. Saya dapat 3 offers dan sy terima offer sbg HR Executive, basic salary 2.4k tak termasuk elaun2 yg lain. Sy diarahkan bertugas di luar bandar. Sy terima tanpa fikir panjang sebab mmg sy desperate nak kerja. Sy tak fikir ttg rumah sewa ke apa, punyalah sy desperate.

Bila sampai hari report duty, baru sy tahu sy diberi rumah fully furnished & transportation utk pulang ke hometown sebab sy diarahkan bekerja di bandar lain. Macam mana sy yg berusia muda, dan pengalaman setahun jagung boleh dpt jawatan ni? Sebab itu, pentingnya berkawan. Sy apply kerja di company ni. Kemudian, saya tak pasti Allah nak permudahkan rezeki sy, di lobby ofis tu, ms sy keluar dr toilet terjumpa seorang pakcik regular customer kedai kopi sy tu. Dia kata dia kenal saya sbb saya pernah kerja di kedai kopi. Katanya, lepas sy berhenti kerja tauke cerita dkt pakcik tu, sy kerja dkt firma audit dan tauke tu banyak puji sy (tauke, xie xie!) Pakcik tu tengok resume sy dan call HR, sy kurang dengar apa diorang bualkan sbb pakcik tu ckp slow dan jauh. Senior Manager bw sy masuk satu bilik. Sy ingat lg dia pesan “we are looking for a great executive, with an interesting personality, able to work under high pressure and willing to learn anything and capable to do multiple works with minimal supervision. Can u do that?” sy cakap yes I can dgn explaination berjela-jela. Bilik interview tu riuh dgn gelak tawa senior manager tu. Dia mcm interested sgtla dgn pengalaman sy.

Sy dpt kerja tu. Sbg executive, sy pastikan hubungan sy dengan assistants sy rapat sebab assistants sy lagi hebat dr saya buat kerja. Sy sll balik lewat malam sebab sy nak belajar dengan cepat. Sy buat weekly meeting utk dengar masalah department saya dan ada staff yg malu bersuara, sy izinkan dia berbincang dgn sy secara personal. Saya cuba sehabis baik untuk kekalkan good working environment. Mengetuai sesuatu department dlm usia muda, bukan senang. Memang patut company cari yg berpengalaman pun!

Beberapa lama kemudian, sy dpt jawatan sbg PTD. Hari terakhir, sy cuba untuk tak menangis tapi bila staff saya menangis, berguguran jua air mata. Sy jumpa staff sy one by one personally utk minta maaf personally and keep in touch dengan saya.

Tips sy, keluar dr universiti terus isi semua website yg ada kosong vacancy. Banyakkan membaca utk general knowledge dan bersosial dengan masyarakat bukan melalui facebook semata-mata untuk build networks. Push yourself to get out from your comfort zone! Tak mustahil. Rakan-rakan sy yang bertindak macam saya yang mula dr zero, rata-rata nya dah pegang jawatan tinggi. Kita boleh demand bila kita dah jd asset company tu. Maksud sy, kita ada kepentingan dlm company. Masa sy nak resign, boss offer sy lagi besar dr gaji sy sekarang. Even until now, kalau minum petang dengan bekas boss sy, selalu dia tanya nanti kalau u bosan keja PTD, u come back la. Sy tak berniat nak sombong tapi nak share. Demand boleh, but make sure u have the quality that the company is looking for. Sebab tu, sy sentiasa adore orang yg ada strong persuasive power. Penat type. Goodluck semua! Last confession sy dah lepas ni tak ada dah.

– DEE


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment