"Jangan Bergantung Harap Sengat Pada Suami" | KAKI PALU

"Jangan Bergantung Harap Sengat Pada Suami"

Share on Google Plus



Tidak dinafikan kalau lihat perkongsian Anzalna Nasir dan suami memang terselah kebahagiaan mereka berdua. Namun bagi Anzalna, beliau enggan terlalu bergantung hidup kepada suaminya dan ingin mencari rezeki sendiri supaya tidak terkapai-kapai jika ditinggalkan suami kelak.



“Lelaki boleh berubah tiba-tiba. Walaupun saya nampak Hanif sangat sempurna dan tidak buat masalah langsung. Saya seperti wanita terbahagia di dunia. Bagaimana jika suami kita meninggal dunia. Perlu ada duit dan harta sendiri seperti rumah dan kereta atas nama kita”



“Supaya, bila ditendang suami, kita ada tempat berteduh. Saya bekerja untuk duit saya membeli belah. Tidaklah suami kata saya hanya goyang kaki sahaja. Perkahwinan kami masih awal. Dalam masa setahun ini pun rasa tidak puas bersama suami,” jelasnya kepada Projek MMO.



Sebelum ini dek kerana kerap berkongsi detik kebahagiannya bersama suami di laman sosial, Anzalna didakwa seolah-olah terlalu menunjuk-nunjuk. Namun pelakon itu menjelaskan tiada niat untuk dirinya berlagak kepada peminat, hanya ingin menjadikan ia inspirasi buat pasangan lain. (rkty/w)


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment