“Jodoh Saya Bukan Di Tangan Orang” - Rita Rudaini | KAKI PALU

“Jodoh Saya Bukan Di Tangan Orang” - Rita Rudaini

Share on Google Plus


Status percintaan Rita Rudiani sentiasa menjadi tanda tanya peminat setelah pelakon jelita itu bercerai dengan suaminya Aidil Zafuan pada tahun 2013.

Terbaru, Rita menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik sekeping gambar berserta kapsyen yang mencetuskan tanda tanya.





Jodoh sy bukan di tgn org,
Apa saja Tuhan tentukan,itulah jodoh sy…
Walau mengelak,masuk lubang cacing ke apa,kalau itu jodoh sy,dia lah orangnya.
Lari lah ke ceruk dunia sekali pun,
Jodoh akan berjumpa semula……

Status beliau ini telah menarik perhatian peminat yang ada di antara mereka mengaitkan status ini adalah mengenai perhubungan Rita dengan pelakon kacak, Aqasha.

Memetik perkongsian dari portal Rotikaya, Rita memberitahu beliau bukan seorang anti-poligami, dalam erti kata lain dirinya tidak kisah andai bermadu. Kenyataan itu dibuat berikutan peminat mempertikaikan prinsip pelakon itu yang dulunya benci benar dengan perampas suami orang.





“Saya tidak pernah cakap anti -poligami, tidak pernah. Cuma saya tidak suka kepada perampas rumah tangga orang. Sesiapa pun tidak suka, kalau ada perempuan datang dan ambil suami kita, disuruhnya ceraikan isteri pertama, itu sudah salah”

“Sedangkan dalam agama sendiri juga dibolehkan berpoligami dengan syarat-syarat dan kepatuhan-kepatuhan yang tertentu, kenapa pandang keji. Saya sendiri tidak pernah pun mengeji wanita yang berstatus isteri kedua atau ketiga. Tidak pernah. Sedangkan adalah lebih baik bernikah berbanding buat hal tak betul ke hulu ke hilir”





Bukan itu sahaja, malah ada juga mulut lain mengatakan Rita dan Aqasha sudah bernikah di Siam secara diam. Menyedari gosip tersebut dek kerana dulunya beliau pernah bernikah di sana, Rita merasakan ianya tidak adil. Malah katanya, tiada sebab masyarakat memandang hina dengan tindakan tersebut kerana apa yang penting adalah bernikah.

“Saya sendiri tidak tahu macam mana isu itu berbangkit. Kalau kerana sebelum ini saya pernah berkahwin di sana dan mereka terus kaitkan, itu tidak adil. Kahwin di mana sekalipun tidak salah selagi ikut hukum hakam agama. Saya hairan mengapa masyarakat suka memandang hina perkahwinan di Siam,” jelasnya kepada Projek MMO mengenai kontroversinya itu.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment