John Cena Melamar Kekasih Dalam Gelanggang Gusti | KAKI PALU

John Cena Melamar Kekasih Dalam Gelanggang Gusti

Share on Google Plus


AKSI penggusti terkemuka Amerika Syarikat, John Cena melamar kekasihnya di dalam gelanggang gusti World Wrestling Entertainment (WWE) ternyata mengejutkan kira-kira 65,000 penonton yang hadir menyaksikan Wrestlemania 33.


Penggusti berusia 39 tahun itu, melamar Nikki Bella yang juga menceburi bidang sama apabila mereka berdua bergandingan menewaskan lawan mereka, The Miz dan Maryse di Stadium World Camping di Orlando pada Ahad.


Malah tindakan Cena menyebabkan kekasihnya yang berusia 33 tahun itu terkedu apabila bekas juara WWE itu melutut sebelah kaki sebelum melamar Bella yang kemudiannya bersetuju untuk mengahwini Cena.


Cena mendedahkan, dia pernah menyuarakan hasrat untuk mengahwini Bella tetapi mahu melamar wanita itu secara rasmi sambil disaksikan puluhan ribuan penonton di gelanggang gusti.


"Saya bertanya kepadanya bahawa satu hari nanti saya akan mengahwini dan dan mahu jawapan 'ya' daripadanya.


"Saya hanya meminta dia berkata 'ya' sekali lagi di hadapan orang ramai," kata Cena seperti dilaporkan portal Mirror.


Pasangan itu bercinta sejak 2012 selepas Cena bercerai dengan kekasihnya yang dikenali sejak kecil, Elizabeth Huberdeau.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment