Kanak Kanak 8 Tahun Pandu Van Sendiri Pergi Beli McD | KAKI PALU

Kanak Kanak 8 Tahun Pandu Van Sendiri Pergi Beli McD

Share on Google Plus



KITA biasa mendengar orang belajar bermain muzik, memasak dan membuat kraftangan melalui laman YouTube.

Namun kes kali ini agak berbeza dan berbahaya kerana membabitkan keselamatan orang ramai.

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Ohio, Amerika Syarikat, belajar memandu melalui YouTube sebelum memandu ke restoran McDonald’s berdekatan rumahnya.

Kejadian itu berlaku di sebuah bandar di East Palestine, Ohio, Ahad lalu, kira-kira jam 8 malam.

Bapa kanak-kanak itu dikatakan masuk tidur awal, manakala ibunya pula tertidur di ruang tamu ketika kejadian.

Menurut laporan saluran Fox 8, kanak-kanak itu memandu van milik bapanya sejauh 1.6 kilometer, dengan adik perempuannya berada di tempat duduk belakang.

Difahamkan, untuk sampai ke restoran makanan segera itu, kanak-kanak itu perlu memandu melalui empat persimpangan, menyeberangi landasan kereta api dan beberapa selekoh tajam.

Dia bagaimanapun memandu dalam had kelajuan yang ditetapkan dan selamat sampai ke restoran itu.

Saksi yang melihat kanak-kanak itu memandu kemudiannya menghubungi keluarga dan pihak polis.

Polis sedang menyiasat kes ini dan belum membuat keputusan sama ada akan mengenakan sebarang tindakan terhadap kanak-kanak itu dan ibu bapanya.-Awani


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment