Kesal Dengan Stesen Tv Milik Kerajaan Singapura Yang Persenda Perdana Menteri Kita | KAKI PALU

Kesal Dengan Stesen Tv Milik Kerajaan Singapura Yang Persenda Perdana Menteri Kita

Share on Google Plus


Datuk Seri Salleh Said Keruak kesal stesen penyiaran Mediacorp 5 milik Temasek Holdings, iaitu syarikat milik kerajaan Singapura, menyiarkan adegan mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kejadian itu menunjukkan media kerajaan Singapura tidak ambil peduli sensitiviti Malaysia.


“Adalah amat dikesali sesuatu seperti ini berlaku dan ia menunjukkan kekurangan sensitiviti sesetengah pihak terhadap perasaan orang lain,” katanya kepada FMT hari ini.


Beliau mengulas adegan dalam rancangan bual bicara berkonsep jenaka santai “Ok Chope”, yang memaparkan pengacara Vernetta Lopez, artis Sam See, Najip Ali, Rishi Budhrani dan Mike Kassim mempersendakan Najib.

Dalam pada itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendesak penerbit “Ok Chope” meminta maaf secara bertulis dan rakaman kepada perdana menteri dan rakyat Malaysia atas keceluparan mereka.

“Tindakan jijik artis-artis ini menjadikan perdana menteri sebagai bahan lawak dan kecaman adalah merupakan salah satu cara untuk warga dan karyawan Singapura melepaskan bebanan akibat masalah inflasi dan kesuraman ekonomi Singapura yang makin menjerut kehidupan mereka,” kata Setiausaha Agung Hafiz Nafiah dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata Seniman akan mengetuai usaha mengharamkan artis terbabit berkarya di Malaysia sekiranya enggan meminta maaf.

Seniman juga akan membuat laporan polis berkenaan isu ini pada Jumaat.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment