Ketahui Tips Mudah Untuk Tukarkan Diri Menjadi Boss Yang 'Superb' | KAKI PALU

Ketahui Tips Mudah Untuk Tukarkan Diri Menjadi Boss Yang 'Superb'

Share on Google Plus




Adakah anda memiliki syarikat sendiri?



Bagaimana anda “uruskan” pekerja-pekerja anda?



 Adakah anda bos yang sering “digosip” atau “dipuji” pekerja anda?



Anda nak jadi bos yang “superb” sentiasa disenangi dan

disayangi pekerja-pekerja anda?



Saya akan kongsikan anda bagaimana untuk anda menjadi

bos yang “superb” yang menjadi “hero” dalam syarikat

anda.



Bagaimana? Check bawah ni.



Firstly, apakah yang dikatakan dengan bos yag

“superb”? ·  



#Bos yang melatih pekerja dengan baik  



#Bos yang memberi kepercayaan

dalam pasukan



#Bos yang mengambil tahu prestasi

setiap ahli pasukan



#Bos yang menjadi pendengar

yang baik



#Bos yang ingin membantu pekerja membangunkan diri dalam kerjaya



#Bos  yang mempunyi visi dan

strategi yang jelas untuk pasukan



Okay..kalau anda diantara kriteria di atas, anda bolehlah

digelar bos “superb” dalam syarikat.



Tetapi jika anda bukan, dan tak tahu bagaimana nak jadi

macam kriteria di atas sini saya bagi beberapa langkah

yang boleh anda praktikkan.



  Sebelum tu saya nak bagitahu, bahawasanya



9/10 daripada pekerja zaman sekarang ni berhadapan

dengan majikan yang “membuli” mereka.



Yer, saya tahu majikan bayar gaji pekerja.



Tetapi kalau sampai pekerja itu sendiri dah tak terdaya

sampai terpaksa bekerja lebih masa hari-hari,

dimanakah keprihatinan majikan?



“Superb” ke bos macam ni? Taklah kan!



Jangan macam ni, anda kena tahu bahawa pekerja anda

bukan bekerja untuk mendapatkan duit semata-mata

tanpa memikirkan nasib mereka yang menanggung kerja

yang banyak disebabkan anda yang tidak mahu

mengambil pekerja lebih untuk membantu.



Rugikan kalau kita dah ada pekerja yang bagus, tetapi

sebab diri kita yang kedekut untuk ambil pekerja, tiba-

tiba pekerja yang bagus itupun nak letak jawatan tak

tahan “diseksa” oleh majikan yang tidak berhati perut.



Itu belum lagi ada syarikat yang tidak bayar bekerja lebih

masa, ehmmm kesian..



Okay, jadi tekad sekarang, mulai hari ini,selepas anda baca

artikel saya ni

anda adalah bos yang “Superb”!!



#1 Menghargai Pekerja

Ramai majikan fikir pekerja tak perlu diberikan apa-apa

sebab anda memang bayar gaji mereka, untuk mereka buat

kerja untuk anda.



Apa salahnya bila syarikat dapat naikkan sales hasil usaha

pekerja anda itu anda berterima kasih, membuat sijil

penghargaan yang menunjukkan anda menghargai titik

peluh mereka bekerja untuk anda



#2 Maklum Balas

Di antara sebab pekerja mula bermasalah apabila majikan

tidak cuba untuk mendapatkan maklum balas dari pekerja.



 Maklum balas ini penting supaya anda tahu pekerja-

pekerja anda dalam keadaan baik melakukan kerja

mereka dalam syarikat.



Menurut kajian, 74% pekerja setuju bahawa majikan

yang baik adalah majikan yang bersama-sama mereka

sebagai satu pasukan dalam melakukan kerja.



#3 Penganugerahan Individu

Saya tahu benda ini bukanlah sesuatu perkara yang baru,

tetapi tak semua syarikat mengiktiraf kejayaan dan usaha

pekerja mereka secara individu.



75% daripada pekerja yang setia adalah mereka yang

menerima bonus dari syarikat.



Tidak semestinya anda harus memberikan bonus, anda

mungkin boleh menetapkan anggaran bajet untuk

pekerja, jika mereka mencapai KPI dan target syarikat,

mereka boleh menetapkan ganjaran yang mereka

inginkan berdasarkan anggaran yang anda letak.



Jadi, mereka akan rasa lebih berharga kerana anda

mengiktiraf kualiti dan penat lelah mereka.



Percayalah dengan 3 langkah mudah ini anda mampu

mengekalkan pekerja anda.



Bukan itu sahaja, prestasi mereka juga semakin baik bila

anda adalah seorang yang “superb”!!



Sumber : http://byondsuccess.com/ketahui-rahsia-jadi-bos-superb/


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment