Macam Tak Percaya Setelah Ketahui Kehidupan Susah Bruno Mars Dahulu Kala | KAKI PALU

Macam Tak Percaya Setelah Ketahui Kehidupan Susah Bruno Mars Dahulu Kala

Share on Google Plus



Setiap individu yang berjaya, pasti ada kisah silam mereka yang gelap. Pelbagai dugaan dan cabaran yang mereka tempuhi untuk sampai ke peringkat sekarang ini. Kisah-kisah sebegini yang akan disampaikan kepada orang ramai untuk dijadikan contoh dan sumber inspirasi.

Baru-baru ini, seorang artis popular Peter Gene Hernandez a.k.a Bruno Mars telah berkongsi kisah hidupnya sebelum menjadi terkenal dalam satu temuduga bersama Passion Cafe TV. Nama Bruno Mars bukan nama yang asing dikalangan komposer dan penyanyi kerana bakatnya berjaya menghasilkan lagu dan muzik yang menjadi fenomena sehingga kini. Kemunculan lagu terbaru 24K Magic dan That’s What I Like yang berada di carta teratas setiap corong radio membuatkan nama beliau lebih terkenal.


Bruno Mars bergambar di rumah lamanya

Pelbagai masalah dan cubaan yang beliau sekeluarga berdepan sebelum ini, sehinggakan mereka pernah menetap di zoo kerana terlalu daif. Namun, itu yang menjadi pembakar semangat Bruno Mars untuk berjaya sehingga sekarang. Jom saksikan video tersebut dibawah:




Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment