Memasyarakatkan Maqasid Syariah | KAKI PALU

Memasyarakatkan Maqasid Syariah

Share on Google Plus



Oleh : MOHD NOOR OMAR


PERSOALAN demi persoalan dilontarkan untuk mencari jawapan terhadap hikmah sesuatu syariat itu ditetapkan. Namun, justifikasi akhir persoalan ini terangkum dalam ketinggian natijah syariat (maqasid syariah) itu sendiri iaitu untuk menjamin maslahat (kebaikan) dan menge-lakkan mafsadah (kerosakan) terhadap kehidupan manusia demi kepentingan di dunia dan akhirat.

ALLAH SWT menggariskan fungsi syariat selari dengan empat peranan rasul-Nya iaitu menunjukkan tanda-tanda kekuasaan ALLAH, membersihkan manusia dari kecelaan, mengajarkan ketetapan undang-undang dan mengajarkan hikmah kebijaksanaan. “Dialah yang telah mengutus dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya (tanda-tanda kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (daripada perkara yang jelik dan sesat), serta mengajarkan mereka kitab (hukum dan ketetapan) dan hikmah (manfaat dan kebijaksanaan). Dan sesung-guhnya mereka sebelum (keda-tangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” - Surah Al-Jumu’ah: 2.

Para fuqaha dan mujtahid telah memperhalus kaedah maqasid syariah ini sehingga kaedah ini mampu dijadikan kunci kepada penetapan hukum dan alat membuat keputusan. Maqasid syariah me-rupakan satu pendekatan strategik yang dinamik dan futuristik. Ia akan terus sesuai dan bersifat menye-suaikan walaupun zaman terus beredar. Setiap ketetapan syariat mempunyai hikmah kebaikan dan sentiasa bersifat seimbang serta seiring antara nas, hukum dan hikmahnya.

Jika ditanya, ramai yang inginkan hikmahnya tetapi terkadang nas dan syariat diabaikan. Sayugia perlu diingat bahawa untuk mendapat hikmah tersebut, urutan langkah-langkah yang digariskan perlu dipatuhi.

Jika ditinjau kebelakangan ini, terdapat berbagai ancaman sedang menulari ummah. Pendedahan tentang gejala sosial seperti rasuah dan pengkhianatan amanah, pembuangan bayi, pil khayal, pil gugur kandungan dan keruntuhan institusi keluarga. Mereka yang ditahan kerana rasuah, khalwat, zina, pembuangan bayi, minum arak dan berbagai lagi kegiatan yang dibendung oleh syariat terdiri daripada mereka yang sepatutnya tunduk patuh kepada syariat.

Agama adalah kehidupan dan syariat adalah jalan menuju kepada kemuncak hikmahnya. Untuk sampai ke kemuncak, umat Islam perlu menyelaras kehidupan mereka seiring dengan syariat yang ditetapkan. Sudah sampai masanya masyarakat dididik tentang hikmah syariat melalui penguasaan kaedah maqasid syariah. Maqasid syariah bukan kaedah eksklusif agamawan, tetapi milik umat Islam seluruhnya untuk dibumikan.

Dengan pengecualian terhadap hal-hal melibatkan ketetapan syariat di peringkat kepentingan umum, umat Islam perlu digalakkan menggunakan kaedah maqasid syariah dalam kehidupan seharian mereka seperti pengurusan diri, keluarga dan organisasi.

Dengan menguasai ilmu dan menghayati kaedah maqasid syariah dalam kalangan masyarakat Islam, ia mampu mendekatkan masyarakat dengan nas, syariat dan hikmah itu sendiri. Usaha ini sangat penting bagi menyeimbangkan umat Islam daripada dibelenggu ideologi pelampau, materialistik, indivi-dualistik dan ‘plastik’ sebagai alat berfikir.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment