Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu 8 Khasiat Air Kelapa Ini | KAKI PALU

Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu 8 Khasiat Air Kelapa Ini

Share on Google Plus



Air kelapa sudah dikenali sebagai minuman yang mampu menyegarkan serta memulihkan tenaga anda. Air kelapa juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat yang boleh membantu kesihatan anda.

1. Mencegah serangan jantung

Air kelapa mengandungi banyak serat mineral semula jadi untuk kesihatan jantung seperti kalium, magnesium, fosforus dan natrium semula jadi. Sitokinin yang terdapat dalam air kelapa juga boleh membantu mengurangkan risiko pembekuan darah.

Kajian telah membuktikan bahawa air kelapa dapat membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

2. Kesan anti penuaan

Air kelapa adalah salah satu minuman yang terbaik sebagai anti penuaan!

Sarat dengan vitamin, mineral, fitonutrien, antioksidan dan sitokinin, air kelapa adalah satu kemestian bagi sesiapa yang ingin kelihatan lebih muda dan merasa yang terbaik.

Para penyelidik mencadangkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan sitokinin (salah satu sumber yang paling kaya dalam air kelapa) boleh membantu anda mengalami kesan anti-penuaan, dengan risiko yang lebih rendah untuk penyakit yang berkaitan dengan usia.

3. Diuretik semulajadi

Air kelapa adalah diuretik semula jadi, yang menyingkirkan natrium yang berlebihan dan boleh membantu mengurangkan gejala bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Ia juga baik untuk menyingkirkan berat air yang berlebihan (melalui penyingkiran natrium berlebihan), dan secara semula jadi akan membantu memperbaiki rupa kulit anda.

4. Elektrolit semula jadi

Air kelapa sebagai minuman rehidrasi dalam sukan. Air Kelapa kaya dengan garam semula jadi dan elektrolit seperti kalium dan magnesium yang membantu mempertingkatkan sel-sel badan dan mengurangkan ketegangan otot.

5. Pertumbuhan rambut

Air kelapa memperbaiki peredaran darah, yang bermakna darah dapat mengalir dengan lebih baik untuk kulit kepala.

Ini akan menyebabkan folikel rambut diperkukuhkan, melembapkan kulit kepala, kurang kelemumur dan mengurangkan jangkitan kulit kepala yang boleh menghalang pertumbuhan rambut.

Vitamin, mineral dan asid amino dalam air kelapa juga boleh meningkatkan kualiti rambut seperti rambut bersinar, lebih bertekstur dan bersih. Terdapat pelbagai produk di pasaran yang menggunakan kelapa sebagai bahan untuk melebatkan dan ia terbukti kelapa adalah yang terbaik dalam menyelkesaikan masalah ini. BOJENG HAIR TONIC

6. Meningkatkan metabolisme badan

Kekal terhidrat dengan betul adalah salah satu cara yang boleh membantu meningkatkan metabolisme anda.

Jika anda tidak minum cecair yang mencukupi, badan anda akan menagalami dehidrasi, yang mana akan menyebabkan proses metabolisme menjadi perlahan.

Air kelapa juga telah ditemui dapat meningkatkan metabolisme lemak yang mana menjadi berita baik bagi mereka yang suka mengambil makanan berlemak tinggi dan kolesterol tinggi.

7. Menyokong mata

Jika anda mengalami glaukoma atau katarak, air kelapa boleh membantu merawatnya.

Meminum air kelapa telah didapati dapat mengurangkan tekanan cecair pada mata dengan kesan berpanjangan sehingga 2.5 jam.

Air kelapa juga amat tinggi dengan antioksidan yang boleh merawat katarak (yang disebabkan oleh pengoksidaan) apabila ia disapu pada mata dan kemudian ditutup dengan tuala panas selama 10 minit.

8. Meningkatkan tahap kolesterol baik dalam darah

Dr. Bruce Fife, pengarah Pusat Penyelidikan Kelapa berkata bahawa air kelapa dapat membantu meningkatkan kolesterol HDL (kolestrol baik) dan mengurangkan pembentukan plak sekali gus melancarkan aliran darah dan melindungi jantung.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment