Order Online : Beli Singlet Dapat Dress | KAKI PALU

Order Online : Beli Singlet Dapat Dress

Share on Google Plus


Online shopping bukan lagi satu perkara yang baru lagi buat kita semua. Boleh dikatakan ia amat digemari golongan muda kerana ia mudah, cepat dan menjimatkan tenaga.

Yelah bila buat online shopping ni, anda tak perlu lagi dah menghabiskan masa pergi ke kedai untuk beli barang tersebut. Duduk depan laptop klik itu ini dah settle semuanya. Masa anda jadi jimat, tenaga pun jimat.

Tetapi pernah tak anda terima barang berlainan daripada barang yang anda order melalui online shopping?

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki bernama Jeremy Russel Priola yang berkongsi foto dirinya mengenakan dress berwarna kelabu di Facebook beberapa hari lalu

Menurut Jeremy, dress seksi dan sendat tersebut diterimanya melalui pembelian di portal Amazon.com setelah pihak jual beli dalam talian tersebut ‘keliru’ dengan butiran pesanannya.

Lelaki yang berasal dari Pennsylvania ini dalam post Facebook miliknya, berkongsi rupa asal baju singlet yang ditempahnya beserta fotonya menggayakan ‘singlet’ yang dihantar oleh pihak Amazon.com

Dalam post tersebut, dia menulis “I got this tank top on Amazon and they sent me a dress. On the plus side it does make my ass look great.”


Gambarnya membuatkan pengguna Facebook berasa geli hati dan sehingga kini post tersebut sudah menerima lebih 49 ribu likes dan lebih 44 ribu perkongsian.

Bayangkan sudah terima 44 ribu shares, jadi sudah pasti gambarnya itu menjadi viral worldwide

Malah, orang ramai juga telah menjadikan gambar anggun dan lucunya itu sebagai meme yang menggelikan hati. Haha lawak betul kan?

Jadi bagaimana, agak-agak anda teringin tak terima baju seperti ini masa online shopping? :P


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment