'Rupanya Mereka Hanya Isi Minyak RM1.00' | KAKI PALU

'Rupanya Mereka Hanya Isi Minyak RM1.00'

Share on Google Plus



Oleh Eman Panji

Menjelang petang, urusan di Kuantan baru sahaja selesai. Penat, letih, dahaga, panas semua bercampur aduk rasanya. Perjalanan pulang ke Pekan melalui jalan Kempadang Sg Soi.

Setibanya di lampu isyarat Kampung Pak Mahat, ternampak seorang ibu dan anak sedang membawa beg besar di kiri kanan dengan menaiki motosikal.

Dengan cepat memintas mereka. Rupa-rupanya beg besar itu mengandungi tin dan botol kosong. Katanya mereka, memang setiap hari mereka mencari botol dan tin kosong. Selepas balik dari sekolah, anak sulung akan menemaninya mencari botol dan tin kosong sehingga lewat petang untuk dijual pada keesokan harinya.

‘Tersentap rasa hati, rupanya mereka hanya isi minyak RM1.00’

Terpandang anaknya yang masih memakai tudung sekolah itu mengesat peluh di dahi. Sayu hati melihatkan dia yang sebaya anak saya itu. Betapa dia bersusah payah membantu ibunya itu. Sungguh pengalaman hidup mematangkannya.

Sempat memberikan mereka sedikit sumbangan peribadi. Teragak-agak mereka mahu mengambilnya. Seketika, mereka tersenyum dan mendoakan kebaikan.

Saya meneruskan perjalanan dan singgah di Stesen Minyak Kempadang. Setelah membeli barang di kedai serbaneka, terpandang kelibat mereka bergegas pergi setelah mengisi minyak. Saya melalui petrol pam tempat mereka mengisi minyak. Tersentap rasa hati. Tertera minyak yang mereka isi tadi RM1.00! Kenapa lah aku lambat tadi. Sedih sangat rasanya.

Di zaman yang serba mencabar ini, inilah hakikatnya. Semoga mereka terus tabah dan diberi kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang kian mencabar di zaman ini dan sentiasa istiqomah dalam mencari rezeki yang halal untuk mereka anak-beranak yang seramai tujuh orang itu. ‘Tersentap rasa hati, rupanya mereka hanya isi minyak RM1.00’


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment