'Sekarang Aku Tengah Confius Nie, Aku Sedang Kedekut Ke?' | KAKI PALU

'Sekarang Aku Tengah Confius Nie, Aku Sedang Kedekut Ke?'

Share on Google Plus



Sharing is Caring?


Assalamualaikum tq kepada admin kalau sudi siarkan confession aku. Sedikit pengenalan, aku sudah berkerja dan masih bujang. Sekarang aku tengah confius ni, aku kedekut ke?


Aku anak bongsu, dilahirkan dalam keluarga yang biasa je tapi mungkin sebab jarak umur aku dan adik beradik lain jauh, So most of the time aku banyak spent time sendiri dekat rumah.


Pastu aku tak reti sangat nak bergaul dengan orang which means aku rase kekok nak kongsi benda for example macam baju ke makanan ke..tapi aku bukan kedekut.


Mungkin sebab selama aku hidup memang mak aku bagi untuk aku je. Bukan aku cakap abang dan kakak aku tak dapat, tapi biasa masing2 akan dapat bahagian masing2. So takde isu nak jeles ke sakit hati kat situ. Dan takde sharing sangat sebab mak ayah aku dah biasa bagi bahagian masing2 dan kitorang adik beradik okay je ikut mak ayah bagi.


Yang menjadi masalah bila dah berkerja ni, aku perasan perangai meng’conquer’ aku ni menjadi2.
Aku tak suke betul housemate aku selamba je ambil mee goreng dalam pinggan aku tengah makan. Sori bukan kedekut tapi rase annoying. Selalu kalau jadi macam tu aku selamba je bagi terus makanan tu kat dia. Bukan ape, sebab memang aku tak suka makan bekas orang.


Penah sekali kawan aku pergi minum air aku, time tu aku letak air tu untuk minum lepas joging. Tapi sebab dia dah minum aku terus bagi je air tu pada dia dan aku beli je air baru. Hmmm aku rase tak selesa nak minum air bekas dia.


Belum lagi bab baju. Aku tak berapa berkenan la kalau ada kawan aku nak pinjam baju. Bukan nak berkira sangat tapi entahlah. Aku tak kedekut tapi tak suka. Adakah ini tanda kedekut sangat? Tapi bukan kedekut. Aku just tak selesa nak share. Mungkin satu sebab tengok cara dia kemas dan jaga barang2 dia so jadi tak yakin nak pinjam kan. Tapi sebab utama memang sebab aku tak minat la nak kongsi ni.


Aku pon takde nak pakai or pinjam barang2 dia. Mungkin jugak sebab cara aku dibesarkan. Mak ayah aku ajar aku usaha sendiri kalau aku nak sesuatu bukan usaha dengan mintak pinjam barang orang.


Sori kalau ayat lintang pukang. Aku dah lama tak menulis karangan. Minta bagi cadangan macam mana nak ikhlaskan hati dan bersabar. So far, kalau kawan aku minta tolong aku seboleh2 cuba tolong. Part tolong takpe tapi part guna barang2 personal atau nak kongsi makanan tu mcm tak ikhlas nak bagi. Macam mana ye?




– seroja


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment