Siapa Sebenarnya Dia Nie...? | KAKI PALU

Siapa Sebenarnya Dia Nie...?

Share on Google Plus



Seorang wanita dipercayai warga asing dan kurang siuman dilihat sering mundar-mandir dan tidur di kawasan tumpuan ramai di pekan Kuah di sini, hingga menimbulkan keresahan orang ramai.

Bukan itu saja, gelagatnya meminta wang daripada peniaga dan memesan makanan `mewah dan mahal' di restoran tanpa membayar wang turut menjadi bualan penduduk setempat sejak seminggu lalu.

Gambar wanita terbabit tidur berselimut atas kerusi di kaki lima sebuah kedai di sini, kini menjadi tular di laman sosial sejak Jumaat lalu, serta mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna maya.

Rata-rata mereka mahu pihak berkuasa, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Imigresen mengambil tindakan terhadap wanita terbabit yang mencemarkan imej pulau pelancongan ini.

Sementara itu, Pegawai JKM Langkawi, Mohd Arif Ishak, ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menggerakkan sekumpulan pegawai untuk menyiasat perkara itu.

"Ya.... untuk penyelesaian jangka pendek siasatan sedang dilakukan oleh pegawai pejabat ini untuk mengenal pasti status sebenar wanita peminta sedekah itu sama ada dia warga asing atau sebaliknya.

"JKM tidak dapat bertindak bersendirian jika membabitkan kegiatan pendatang tanpa izin kerana ada saluran dan peraturan tertentu perlu kita ikut," katanya di sini.

-Harian Metro


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment