Sudah Ada Bukti, Israel Tidak Mampu Lawan Kuasa Allah SWT | KAKI PALU

Sudah Ada Bukti, Israel Tidak Mampu Lawan Kuasa Allah SWT

Share on Google Plus




JERUSALEM: Ketika kebakaran tahun lepas di wilayah Modiin, Israel, terus marak diasak angin kuat dan merebak ke kawasan lain, pasukan bomba Israel lumpuh kerana kebakaran tersebut bermula dari tapak balai bomba.

Insiden marak di Nataf berhampiran Maaleh Hahamisha di Bukit Jerusalem Hills menjadi lebih besar dibawa angin yang kuat dan mengancam perkampungan Neve Ilan, berhampiran lebuh raya Jerusalem-Tel Aviv.

Pegawai bomba di Haifa memberitahu pihak media, kebakaran sengaja dilakukan berdekatan balai bomba di daerah itu bagi melumpuhkan operasi bomba di sana.

“Mereka sengaja melakukan kebakaran di balai bomba supaya operasi menyelamat kebakaran di Haifa lumpuh sepenuhnya,” katanya.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu seperti biasa mencari “musuh” di kalangan Palestin untuk di dituduh sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar memburu pihak yang terlibat.

Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut, tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan mendakwa kejadian kebakaran terbaharu itu berpunca daripada cebisan kebakaran dua hari lepas.

Sehingga hari ketiga, rejim Israel terpaksa menebalkan muka meminta bantuan Greece, Croatia, Cyprus serta Turki menghantar pesawat pengebom air membantu memadamkan kebakaran.

Rusia dan Itali antara negara yang turut menghulurkan bantuan memadam kebakaran berkenaan.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan angin kencang memburukkan lagi keadaan sehingga kebakaran merebak ke kawasan yang lebih luas.

Menurut sumber, pesawat milik polis Israel pada Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang ditawan api.

Kali ini, tampaknya rejim Israel benar-benar tidak berupaya melawan sendirian takdir alam ini.

Kebakaran sudah merebak ke penempatan haram Yahudi di Karkom, Tiberias, Nataf, Orot Rabin di Hadera, Zichron Yaakov, Umm al-Fachm, Lachish, Nesher dan Kfar Vradim.

Akhbar Globes melaporlan api marak di sekitar bandar besar Haifa, Modi’in dan Neve Ilan berhampiran Jerusalem.

Sejumlah besar rumah pendatang Yahudi musnah dalam kebakaran itu.

Pihak berkuasa telah mengarah penduduk berpindah keluar dari kediaman masing-masing di beberapa daerah Timur Israel seperti di Romema.

Kesemua tenaga menyelamat dikerahkan memadamkan kebakaran.

Syarikat pembekalan elektrik Israel turut mematikan beberapa sumber elektrik di bagi mengelak kebakaran merebak.





Sumber : Sarawakvoice


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment