Tak Guna Ada Ilmu Tapi Suka Cari Salah & Hukum Orang | KAKI PALU

Tak Guna Ada Ilmu Tapi Suka Cari Salah & Hukum Orang

Share on Google Plus




Mungkin ramai yang beranggapan, dalam berdakwah, kita mesti perlu untuk berdebat, atau membuat ceramah, supaya penyampaian lebih mudah diterima.

Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan, untuk kita berdakwah kepada orang lain, dan ia tidak semestinya perlu berdebat, kerana menerusi diri kita sendiri, sudah boleh dijadikan sebagai salah satu medium untuk berdakwah.

Menerusi perkongsian dari Adam Corrie, cara yang digunakannya ini, adalah salah satu inisiatif dirinya untuk berdakwah. Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk ketahui, bagaimana kita juga boleh berdakwah.


Bagaimana nak berdakwah?

Saya bukan ustaz, saya juga bukan ulama. Hanya seorang hamba Allah yang melihat Islam itu indah dan mudah.

Saya cuba berdakwah melalui akhlak (sentiasa perbaiki diri) dan berkongsi ilmu bukan dengan berhujah dan bukan dengan berdebat.

Tak guna kalau kita ada ilmu tapi hanya tahu berdebat sentiasa dan mencari salah dan menghukum org lain.

Ia hanya menjarakkan kita dengan mereka yang jauh dan tak faham dengan Islam.

Kita ikut cara Rasulullah S.A.W berdakwah penuh dengan santun, hikmah, tidak keras, penuh dengan kasih sayang. Ramai yang balik fitrah hanya kerana AKHLAK Baginda.

Kita hanya menyampaikan sahaja, sama ada mereka hendak menerima atau tidak
dakwah kita, itu sudah menjadi urusanNya kerana hidayah itu milik Allah.

Yang penting kita berusaha berdakwah kepada mereka dan ada jawapan ketika di akhirat kelak padaNya.

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment