Terlalu Berat Beban Dosa Zina Ini... | KAKI PALU

Terlalu Berat Beban Dosa Zina Ini...

Share on Google Plus




Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah memang menjadi idaman semua umat Islam. Bertuah jika telah dijemput untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah haji yang difardhukan.

Tetapi, ada sesetengah pihak masih ragu-ragu lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Alasan yang diberikan kerana dosa lampau, antaranya dosa berzina. Mabrurkah haji seorang penzina?

Rasulullah SAW menyatakan dalam hadits yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, artinya; “Barang siapa yang menunaikan ibadah haji kerana Allah SWT tidak (berkata atau berbuat yang tidak senonoh, mengarah kepada seksual) dan tidak fasik dia kembali (bersih dari dosa) sebagaimana baru dilahirkan dari perut ibunya.”

Bertaubatlah bersungguh-sungguh dan kembali ke jalan yang bersih dan tidak mengulangi perbuatan dosa itu. Dosa berzina itu sangatlah membebankan. Kisah yang dikongsikan kali ini seharusnya dijadikan iktibar kepada semua yang jiwanya masih basah dan ada rasa gerun terhadap kekuasaan Allah.

“Maaf menganggu inbox ummi. Saya silent reader page Baitus Solehah. Saya wanita berdosa dan saya berzina dengan bekas kekasih saya. Tak kahwin walaupun dia ajak sebab makin lama saya berkawan saya dah mula dipukul di hentak kepala ke cermin kereta, diacu gunting, diugut sebarkan gambar bukan-bukan, mintak duit dari saya, dan maki hamun saya perkara biasa.

“Sekarang kami dah bawa haluan masing-masing selepas kemuncak pergaduhan sampai polis datang ke tempat kerja saya gara-gara dia mengamuk di tempat kerja saya. Hari yang sama dia pecah masuk rumah saya dan musnahkan harta simpanan saya dan meletakkakn pisau di atas meja belajar saya. Saya tidak tahu sampai bila saya akan selamat kerana dia bersumpah berdendam. Tapi buat masa sekarang saya okay walaupun sedih sebab mak saya dah tahu kisah hitam saya lepas bekas kekasih saya hubungi mak saya dan mak saya sangat kecewa.

“Cuma sekarang masalah lain pula wujud. Saya tak tahu nak bercerita dengan siapa sebab kisah hitam ini. Untuk pengetahuan ummi, saya telah menunaikan haji pada tahun lepas. Hasil tabungan mak saya dari mula dia kerja zaman muda sehingga pencen.

“Namun, saya pendekkan cerita saya haid dan tak sempat melakukan tawaf wajib haji. Saya melakukan tawaf wajib haji dalam keadaan saya bertaklid kepada mazhab maliki.

“Balik ke malaysia, mak saya ragu-ragu tentang tawaf haji saya kerana haid saya. Jadi mak saya nak saya buat umrah untuk selesaikan tawaf haji saya. Namun sisi gelap saya adalah saya berzina selepas balik haji dengan kekasih saya tahun lepas. (Sebelum bergaduh besar). Maaf ummi mesti jijik dengan cerita ini. Saya berpisah dengan bekas kekasih berpisah bulan awal tahun ini sebab saya tak nak buat dosa dah tak larat nak tanggung beban dosa.

“Saya tak pasti nak teruskan ke buat umrah sebab saya tahu haji saya sudah rosak akibat zina. Tapi saya tak tahu macam mana nak cakap dengan mak saya. Walaupun saya tahu mak saya tahu saya berzina sebab dia mak dan naluri mak sentiasa betul. Tapi mak nak saya mengaku sendiri, mak saya ada tanya berzina tak balik haji. Soalan yang tak dapat saya jawab.

“Mak saya kata kalau berzina haji rosak. Denda kena bayar dam seekor unta. Saya tak nak mak saya bayar 10k untuk unta atas salah yang saya buat. Apa perlu saya buat? Allahu, betul dosa zina ini sangat membebankan. Semua connected. Maaf ambil masa ummi, ujarnya. – MissA


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment