Walaupun Bergaji RM14,000 Sebulan, Namun Pekerjaan Ini Paling Tidak Laku Di Dunia | KAKI PALU

Walaupun Bergaji RM14,000 Sebulan, Namun Pekerjaan Ini Paling Tidak Laku Di Dunia

Share on Google Plus




Walaupun ditawar gaji £40,000 (RM 14,000) sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini. Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.

Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina yang kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.

Setiap hari antara 800 hingga 1200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dan dengan ketepatan 97 hingga 98 peratus.

Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran tersebut.

“Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.

“Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan status tinggi manakala di United Kingdom ia lebih cenderung menjadi bahan jenaka,” katanya dipetik Metro.uk.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment