'YouTube Video Checkup' Tunjukkan Kepada Anda Telco Mana Paling Best Di Tempat Anda Sekarang | KAKI PALU

'YouTube Video Checkup' Tunjukkan Kepada Anda Telco Mana Paling Best Di Tempat Anda Sekarang

Share on Google Plus



Tengah tergelak-gelak tetiba video terhenti. Memang potong stim betul! Sebenarnya masalah ini terjadi mungkin disebabkan kuota anda dah nak habis tak pun line telco yang anda gunakan tidak beberapa bagus.

Masalah ini dapat anda atasi sekiranya anda tahu apa telco yang terbaik untuk anda gunakan di kawasan anda melalui tools YouTube Video Checkup.

Melalui tools ini, hanya ada 4 jenis telco yang datanya diambil oleh Google iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile



Data tersebut menunjukkan tabiat pengguna keempat-empat telco berkenaan mengakses video SD dan HD menggunakan aplikasi YouTube.

Melalui data yang kami terima, Celcom dan Maxis tercatat sebagai rangkain telco yang terbaik untuk digunakan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Data yang diterima menunjukkan Celcom dan Maxis mencatatkan sebanyak 4/5 bintang. Kemudiannya ia diikuti dengan Digi yang mencatatkan 3.5 bintang dan U-mobile dengan 3 bintang.

Cara untuk menggunakannya senang saja. Klik link INI, serterusnya masukkan nama kawasan yang anda tinggal dan Google akan menyenaraikan telco yang terbaik di sekitar kawasan tersebut.

Selain Lembah Klang, kami juga cuba mendapatkan data di beberapa kawasan lain seperti di Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Ipoh.





Data menunjukkan Celcom dan Maxis juga mendahului telco yang lain.

Bagaimanapun, ini tidak meliputi caj, pakej internet dan sebagainya sebaliknya hanya memfokuskan kepada rangkaian yang terbaik di sesebuah tempat semata-mata.

Jom cuba, dan kongsikan data yang anda terima bersama kami melalui ruang komen di bawah!



Disclaimer: Artikel ini tidak dibayar oleh mana-mana telco ya. Harap maklum.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment